Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng garis kemajuan SG dalam perangi Covid-19 Isnin

Oct 01, 2020 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, pada Isnin nanti, akan menyampaikan Kenyataan Menteri di Parlimen yang bertujuan menggariskan kemajuan Singapura dalam usaha menentang koronavirus Covid-19 dan kesannya.



Beliau juga akan memberi perincian bagi kedudukan fiskal negara dan strategi untuk membolehkan Singapura dan rakyatnya muncul lebih kuat daripada krisis ini.



Pemerintah, kata Encik Heng, akan membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan - yang ketiga tahun ini - untuk memperuntuk semula sumber bagi langkah-langkah sokongan yang dilanjutkan bagi perniagaan dan pekerja, yang sebelum ini diumumkan pada 17 Ogos.



Parlimen, selanjutnya, akan membahaskan rang undang-undang tersebut serta langkah-langkah tambahan itu yang menelan belanja sekitar $8 bilion.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, berkata ucapannya nanti bertujuan memberi konteks bagi perbahasan itu.



"Kita akan terus menyesuaikan diri dan mengorak langkah ke hadapan yang kukuh, untuk mengharungi masa depan yang amat tidak menentu ini," kata Encik Heng.



Menurut beliau lagi, Singapura telah memerangi Covid-19 dari setiap sudut sejak sembilan bulan lalu dan membelanjakan hampir $100 bilion dalam usaha itu.



Ini diperuntuk melalui empat Belanjawan dan satu lagi sokongan tambahan pada Ogos, yang bertujuan membantu dan menyokong perniagaan, pekerja dan isi rumah.



"Usaha bersama kita sebagai satu negara telah meraih hasil yang baik sejauh ini. Kita sekarang melihat penularan virus yang rendah dalam masyarakat, namun kita tetap harus berjaga-jaga.



"Kita sedang membuka semula ekonomi dengan cara yang selamat. Namun ada banyak ketidaktentuan di masa depan dan sebagaimana yang boleh difahami, ramai yang prihatin mengenai pekerjaan mereka," kata Encik Heng yang menambah bahawa pengumuman langkah sokongan tambahan telah memberikan keyakinan kepada perniagaan dan pekerja.



Antara langkah sokongan utama yang diumumkan adalah penyesuaian kepada Skim Sokongan Pekerjaan (JSS) yang membantu majikan membayar sehingga 75 peratus daripada $4,600 pertama gaji pekerja warga Singapura, bagi tempoh 10 bulan, sehingga Ogos 2020.



Langkah sokongan tambahan melanjutkan sokongan menerusi skim ini sehingga Mac tahun depan, bergantung pada tempoh pemulihan yang dijangka bagi setiap sektor.



Firma yang terjejas teruk dalam sektor aeroangkasa, penerbangan dan pelancongan, yang menerima sokongan gaji 75 peratus, boleh menerima sokongan gaji 50 peratus bagi tempoh tujuh bulan tambahan ini.



Sektor binaan pula mendapat sokongan tambahan 50 peratus gaji bagi dua bulan tambahan, sebelum sokongan ini dikurangkan kepada 30 peratus gaji sehingga Mac tahun depan, selaras dengan permulaan semula kegiatan binaan secara berperingkat



Kebanyakan sektor lain menerima sokongan 10 peratus gaji bagi tempoh tambahan tujuh bulan.



Sektor yang kurang terjejas, seperti biomedikal sains, khidmat kewangan serta infokom dan teknologi turut menerima sokongan tambahan ini, tetapi sehingga Disember.



Encik Heng akan menyampaikan kenyataannya di Parlimen pada 1.30 petang pada Isnin depan, kata Kementerian Kewangan (MOF).



Kenyataan itu akan diterbitkan di laman web Belanjawan Singapura selepas ia disampaikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >