Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng hargai sokongan padu Muslim

Sep 07, 2019 | 07:11 PM



SOKONGAN padu masyarakat Islam terhadap Komitmen Mengekalkan Keharmonian Agama yang dilancarkan beberapa bulan lalu mencerminkan dedikasi dalam menegakkan perpaduan sosial.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan golongan asatizah malah mengamalkan kepimpinan utuh buat masyarakat dengan menunjukkan bagaimana amalan Islam dapat berkembang dalam konteks masyarakat berbilang budaya dan agama.



Di bawah kepimpinan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Encik Mohamad Maliki Osman pula, Muis telah mengadakan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) bagi membincangkan nilai, peranan dan kemahiran yang diperlukan asatizah sedang keperluan penduduk Islam di sini berubah.



Menjelaskan demikian di majlis makan tengah hari bagi menghargai sukarelawan masyarakat anjuran Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di Hotel Regent Singapore sebentar tadi, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, menekankan lagi tentang komitmen bersama dalam menangani ancaman pengganasan sejagat.



Menurutnya, sebagai negara kecil, terbuka dan rencam, Singapura khususnya terdedah pada ancaman pengganasan. Justeru itu, pendekatan amat serius lagi menyeluruh bagi menegakkan dan memperkukuh keharmonian agama perlu diambil.



Beliau memuji usaha masyarakat Islam memperkukuh usaha mendekati belia dan kanak-kanak bagi memastikan generasi mendatang mempunyai asas agama yang kukuh.



“Masyarakat Islam utuh dan akrab. Ia terus mendakap nilai berbilang budaya yang dikongsi warga Singapura di samping mengekalkan identiti tersendiri dan bertenaga yang telah memperkaya jalinan sosial negara kita.



“Usaha sedemikian telah diketengahkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Umum Hari Kebangsaan di mana beliau meraikan masyarakat Melayu/Islam sebagai Masyarakat Gemilang,” tambahnya.



Sekitar 400 tetamu yang terdiri daripada anggota Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Kumpulan Jagaan Susul Antara Agensi (ACG), pihak pengurusan kanan Muis dan kakitangan masjid menghadiri acara yang diadakan buat kali ke-15.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >