Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng iktiraf jasa staf sektor penerbangan

Aug 29, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA telah mula membuka semula sempadan antarabangsa secara berhati-hati dan bertahap-tahap tetapi ia masih jauh dalam mencapai pemulihan sepenuhnya, menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Di sebalik cabaran sukar itu, beliau kagum dengan semangat kakitangan sektor penerbangan yang berhadapan krisis itu.



"Mereka tidak putus asa atau terus tunjukkan perasaan duka. Tetapi, menunjukkan semangat penyatuan dan ketahanan. Bukan melakukannya seorang diri tetapi bersama sebagai satu masyarakat,'' kata Encik Heng, semasa lawatannya di Lapangan Terbang Changi bagi memberikan penghargaan kepada pekerja barisan hadapan.



Beliau mengadakan kunjungan itu bersama Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast yang lain seperti Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri merangkap Pembangunan Negara Tan Kiat How, Cik Jessica Tan, dan Cik Cheryl Chan.



Pasukan GRC East Coast telah mengagihkan 5,000 pek khas kepada pekerja sektor penerbangan sebagai menunjukkan rasa penghargaan penduduk East Coast dan rakyat Singapura.



Pek itu mengandungi pastri, kuih madelin dan baucar yang ditaja oleh OUE Ltd.



Sejak pandemik itu, Encik Heng berkata dana lebih $1 bilion telah diagihkan bagi melindungi pekerjaan dan keupayaan pekerja sektor penerbangan sejak Covid-19 menjejas tahun lalu.



"Lebih setahun setengah, kita telah mula memulakan perhubungan antara negara tetapi sektor penerbangan masih teruk terjejas. Penerbangan ialah sekitar 15 peratus dari tahap sebelum Covid-19 dan jumlah penumpang adalah 3 peratus dari tahap sebelumnya,'' kata beliau.



Beliau juga kagum kerana para kakitangan sektor itu bekerja sama dengan kesatuan sekerja dan agensi pemerintah bagi mengalihkan sebahagian para pekerja mereka untuk menyokong usaha negara menangani Covid-19.



"Anda telah bekerja sama bagi menyesuaikan operasi dan protokol secara tetap sedang virus itu berubah. Ini membolehkan kita memulakan semula operasi secara berperingkat dan pada masa sama, memastikan pekerja lapangan terbang selamat,'' katanya.



Walaupun Lapangan Terbang Changi tidak dapat menyediakan khidmat kepada ramai penumpang disebabkan penutupan antara sempadan, lapangan terbang itu masih dapat Anugerah Kakitangan Lapangan Terbang Terbaik Skytrax, mencerminkan keupayaan mereka dalam menghadapi cabaran.



Malah, beberapa inisiatif diperkenalkan seperti gerakan Friends of Aviation yang dimulakan oleh para pegawai Penguasa Penerbangan Awam Singapura (Caas) bagi memberikan penghargaan kepada rakan sejawatan mereka.



Semalam, satu Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani oleh Changi Airport Group (CAG) dan Hospital Besar Changi yang bekerja sama bagi satu Program Kesihatan Pelancongan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >