KORONAVIRUS
DPM Heng jelas fokus bantu golongan bekerja sendiri
Mar 29, 2020 | 05:30 AM
DALAM memerangi pandemik koronavirus, keutamaan pemerintah adalah untuk menyelamatkan pekerjaan dan melindungi mata pencarian rakyat Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.
Kumpulan utama pekerja yang memerlukan bantuan sedang sektor seperti penerbangan dan pelancongan terhenti dengan mendadak dan yang turut terjejas ialah mereka yang bekerja sendiri, katanya dalam wawancara di saluran televisyen Mediacorp Channel 5.