Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng kongsi video jelas proses Belanjawan

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



KURANG 40 hari sebelum Belanjawan Negara 2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat, Kementerian Kewangan (MOF) telah menerbitkan satu video buat pertama kali untuk menjelaskan cara Belanjawan dilakarkan.



Beliau akan membentangkan Belanjawan tahun ini di Parlimen pada 16 Februari.



Mengongsi video itu di Facebooknya semalam, Encik Heng, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berseloroh bahawa kakitangannya meminta beliau menonton video BTS tanpa beliau ketahui bahawa BTS itu juga merupakan akronim band lelaki Korea Selatan yang amat popular.



Video terbitan MOF itu diberi tajuk siri Behind The Scenes (BTS) Road to Budget 2021.



Dihasilkan sepenuhnya oleh MOF sendiri, video itu menjelaskan proses Belanjawan diadakan termasuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat Singapura daripada pelbagai latar belakang melalui beberapa ruang mendengar di serata Singapura yang diusahakan bersama cabang maklum balas pemerintah, Reach; saluran digital dan perbincangan kumpulan fokus, kesatuan sekerja dan badan perniagaan.



Hasil maklum balas itu, pemerintah dapat memperhalusi dasar-dasar dan skimnya seperti Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (SIRS) yang diperkenalkan bagi memberi bantuan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.



Skim itu diluaskan kepada lebih ramai golongan hasil maklum balas yang diterima dan justeru, pandangan warga Singapura amat penting, menurut video itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >