Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Langkah pemutus litar demi pasti keselamatan rakyat S'pura

Apr 13, 2020 | 05:30 AM



PELAKSANAAN langkah-langkah 'pemutus litar' yang lebih ketat adalah bertujuan memastikan keselamatan kesihatan rakyat Singapura daripada jangkitan koronavirus, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Sweet Keat.



"Dalam masa empat minggu ini kami telah menutup pelbagai kemudahan, rakyat rata-rata bekerja dari rumah dan kita juga telah mempertingkat langkah jarak selamat.



"Saya fikir ini adalah perkara utama, membendung penularan virus ini. Selepas bulan ini, kami akan memikirkan apa lagi yang perlu dilakukan, dan tentunya langkah-langkah lain yang perlu," katanya semasa diwawancara di saluran radio CNA938 petang semalam.



Encik Heng yang juga Menteri Kewangan turut melahirkan harapan agar rakyat memainkan peranan mereka, "mematuhi arahan duduk di rumah... memakai pelitup apabila di luar rumah..."



Dalam wawancara lebih kurang sejam itu, beliau turut menjawab keprihatinan berhubung penularan virus di dormitori pekerja asing - memberi jaminan usaha giat pemerintah dalam melaksanakan jarak selamat serta "langkah-langkah yang perlu bagi mempertingkat mutu kebersihan tempat penginapan itu" selain "mengurangkan kepadatan pekerja di sesebuah dormitori" demi kesejahteraan mereka.



"Kami juga sedang menimbangkan langkah-langkah mengadakan kemudahan lain untuk menempatkan pekerja asing kita. Kami juga menyediakan pasukan perubatan dan Pasukan Sokongan dan Jaminan Ke Depan (FAST) juga berada di lapangan," terangnya.



Kekhuatiran rakyat meningkat apabila semakin banyak kelompok jangkitan Covid-19 terjadi di kalangan pekerja asing di gedung beli-belah Mustafa Centre dan tapak binaan Project Glory, serta sekurang-kurangnya lima asrama, S11 Dormitory @ Punggol, Tampines Dormitory, Toh Guan Dormitory, Sungei Tengah Lodge, dan Cochrane Lodge II.



Sekitar 20,000 pekerja asing kini dikuarantin bagi membendung penularan koronavirus ke atas mereka.



Encik Heng dalam pada itu turut ditanya tentang kesan Covid-19 ini terhadap golongan pekerja dalam 'ekonomi gig' dan bagaimana pemerintah dapat membantu mereka.



Dalam hal ini, Encik Heng berkata selain sokongan kewangan bernilai $1,000 untuk tempoh sembilan bulan, pemerintah juga menyediakan pelbagai bentuk bantuan lain bagi memenuhi keperluan mereka yang bekerja sambilan ataupun sepenuh masa.



"Ada pelbagai aturan pekerjaan, tidak mudah untuk mendekati kesemuanya, tetapi saya gembira lebih ramai tampil untuk bekerja bersama-sama jadi kita akan lebih memahami jenis-jenis pekerja yang berbeza, apa yang mereka lakukan dan bagaimana mereka lakukannya," katanya sambil menambah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) juga sedang meneliti usaha untuk memberi sokongan lebih baik kepada golongan ini.



"Sebagai contoh, bagaimana kita boleh membantu setiap orang mempertingkat kemahiran pada masa sukar ini, pada bulan dan tahun-tahun mendatang?," katanya.



Sekitar 100,000 individu yang bekerja sendiri (SEP) dijangka menerima bantuan kewangan mulai Mei ini di bawah Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (Sirs), yang diperkenalkan pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >