Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Lebih 900,000 orang sudah terima 1 dos vaksin Covid-19

Namun penduduk S'pura digesa terus waspada dan patuhi langkah pengurusan selamat
Apr 03, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 900,000 orang di Singapura telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat semalam.



Namun pada masa yang sama beliau telah menggesa penduduk Singapura untuk terus berwaspada semasa hujung minggu Easter ini dan terus mematuhi garis panduan pengurusan selamat.



"Tahun lalu, Good Friday bertepatan dengan permulaan pemutus litar, dengan adanya perasaan takut dan ketidakpastian yang nyata.



"Setahun kemudian, kita boleh memandang ke depan dengan penuh harapan dan kemajuan," tulis Encik Heng di Facebook.



Situasi Covid-19 di Singapura kini terkawal, vaksinasi sedang dijalankan dan lebih banyak kegiatan secara beransur disambung, katanya.



Menurut laman Kementerian Kesihatan (MOH), seramai 943,307 orang telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 hingga Isnin lalu.



Seramai 375,605 orang pula telah divaksin secara sepenuhnya, manakala 1,318,912 dos vaksin sudah diberikan.



Masyarakat Kristian menyambut cuti Good Friday semalam dan bakal meraikan Easter esok.



Dalam kirimannya, Encik Heng mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi langkah selamat semasa hujung minggu yang panjang ini.



"Kemajuan yang kita nikmati ini telah dicapai menerusi usaha gigih.



"Sepanjang hujung minggu panjang Easter ini, marilah kita kekal berwaspada dan mematuhi peraturan pengurusan selamat," ujar Encik Heng, sambil mengucapkan selamat menyambut Good Friday dan hujung minggu Easter kepada masyarakat Kristian.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut memperingati cuti Easter dalam satu catatan Facebooknya semalam.



"Hari ini (semalam) merupakan hari beribadah dan bertafakur sedang penganut Kristian memperingati penyaliban dan kematian Jesus.



"Tafakur ini berterusan hingga Ahad Easter apabila penganut Kristian menyambut kebangkitan Jesus," kata Encik Lee.



"Saya gembira kami dapat melonggarkan peraturan, dan lebih ramai yang boleh menghadiri upacara keagamaan secara peribadi," tambahnya.



Sehingga 250 orang kini dibenarkan menghadiri upacara keagamaan.



Rabu lalu, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata orang ramai dibenarkan untuk bernyanyi - tanpa menanggalkan pelitup - untuk tempoh sehingga 30 minit, semasa upacara keagamaan bermula 5 April.



Kata MCCY lagi, tempat bagi upacara sedemikian perlu ada pengalihan udara yang baik jika hadirin bernyanyi, dan ini boleh dipastikan dengan membuka pintu atau tingkap, atau menggunakan sistem hawa dingin dan pengalihan udara mekanikal untuk menghilangkan titisan yang terkumpul di udara.



Menteri Pendidikan Lawrence Wong pula semalam meminta kerjasama orang ramai agar terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko jangkitan setempat, sedang mereka meluangkan masa bersama keluarga dan teman pada hujung minggu ini.



"Sekitar setahun lalu, kami terpaksa mengenakan Pemutus Litar. Keadaannya lebih baik sekarang.



"Marilah kita hargai apa yang kita ada hari ini dan tidak mensia-siakan pengorbanan yang dilakukan ramai orang," ujar Encik Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian untuk menangani Covid-19.



Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan sebanyak 43 kes Covid-19 baru di Singapura - semuanya kes import - hingga 12 tengah hari semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >