Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUBAHAN KEPIMPINAN 4G

DPM Heng main peranan penting bantu Dewan beri respons harungi Covid-19

Apr 10, 2021 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat telah memainkan peranan penting dalam mendekati Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan memberikan maklum balas aktif yang membolehkan badan induk niaga itu memberikan respons kepada anggotanya berhubung kesan Covid-19, kata Presiden DPPMS Encik Farid Khan.



Beliau melahirkan penghargaan kepada Encik Heng kerana memberikan sokongan yang padu kepada DPPMS.



"DPM Heng telah memainkan peranan penting dalam mendekati DPPMS dan menyediakan maklumat bernilai yang penting dalam membentuk respons Dewan terhadap pandemik Covid-19 dan menyediakan sokongan yang berkesan kepada anggota kami dan masyarakat secara umum," kata Encik Farid ketika ditanya Berita Harian (BH).



Dalam ucapan menggulung perbahasan Belanjawan 2021 di Parlimen Februari lalu, Encik Heng, yang akan melepaskan tugasnya sebagai Menteri Kewangan, turut memberikan pengiktirafan kepada DPPMS.



Beliau memberi contoh usaha DPPMS membentuk sebuah pasukan tindakan Covid-19 pada Mac tahun lalu bagi menyokong anggotanya yang terjejas oleh krisis ini.



"Ia (DPPMS) menubuhkan sebuah talian hotline kecemasan, menganjurkan sesi mendekati individu bagi sekitar 400 anggota, menyediakan nasihat perundangan bagi mereka yang memerlukan dan menghubungkan perniagaan dengan langkah sokongan pemerintah," katanya.



Encik Heng mengumumkan kelmarin akan menarik diri sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G), dan memberi laluan kepada orang lebih muda untuk menjadi pengganti Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Encik Heng, yang kini berusia 60 tahun, menyebut cabaran jangka panjang daripada pandemik Covid-19 serta cabaran berat tugas sebagai PM, sebagai sebab di sebalik keputusannya.




"DPM Heng telah memainkan peranan penting dalam mendekati DPPMS dan menyediakan maklumat bernilai yang penting dalam membentuk respons Dewan terhadap pandemik Covid-19 dan menyediakan sokongan yang berkesan kepada anggota kami dan masyarakat secara umum."
- Presiden DPPMS Encik Farid Khan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >