Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng, Menteri Indonesia Airlangga bincang tentang 'tiga jambatan' perkukuh jalinan

Mar 13, 2021 | 10:40 PM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Encik Airlangga Hartarto, pada Jumaat (12 Mac) membincangkan cara memperkukuh kerjasama ekonomi agar dapat bangkit semula daripada pandemik koronavirus.



Antara perkara yang ditimbulkan dalam mesyuarat maya itu adalah perihal sesuatu yang dipanggil "tiga jambatan" dalam merapatkan hubungan Singapura dan Indonesia.



Kedua-dua menteri ini juga mengalu-alukan pelaksanaan Perjanjian Pelaburan Dua Hala Singapura-Indonesia yang menentukan undang-undang layanan pada pelabur dan pelaburan daripada kedua-dua negara.



"Sedang pandemik ini teruk menjejas ekonomi sejagat, kerjasama ekonomi rapat kami kian berkembang dengan kejayaan yang bertambah, dan kami akan bekerjasama bagi merebut peluang baru," tulis Encik Heng di laman Facebook.



Beliau yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan menambah:



"Tahun lalu, Singapura sekali lagi adalah pelabur asing terbesar di Indonesia, meskipun dalam tempoh pandemik. Ia membuktikan kekuatan jalinan ekonomi dua hala kami."



Pelaburan Singapura di Indonesia keseluruhannya mencecah AS$9.8 bilion ($13.2 bilion) tahun lalu. Indonesia adalah salah satu daripada 10 rakan dagangan terhebat Singapura dengan dagangan dua hala mencecah $48.8 bilion.



"Pelaburan Singapura tahun lalu adalah yang tertinggi dalam masa enam tahun lalu dan ini menunjukkan jalinan dua hala kami yang akrab," kata Encik Airlangga, yang ditukil laman berita Rakyat Merdeka pada Jumaat.



Salah satu jambatan yang dimaksudkan adalah "jambatan digital" buat syarikat teknologi di Singapura dan Indonesia melibatkan Taman Digital Nongsa di Batam, jelasnya.



Jambatan kedua pula adalah "jambatan prasarana" dengan rancangan membina jambatan 6.4 kilometer yang menghubungkan Batam dengan Bintan tahun depan bagi merangsang ketersambungan dan pelaburan.



Manakala jambatan ketiga pula adalah "jambatan gelembung kembara" bagi membantu sektor pelancongan di kedua-dua negara.



Kata Encik Heng:



"Encik Airlangga dan saya berbincang bagaimana ingin membina jambatan-jambatan ini - antara dua negara dalam Asean dan secara global. Kami telah meminta pegawai masing-masing agar meninjau apa lagi yang boleh dilakukan bagi memperkukuh ketersambungan dan kerjasama dua hala bagi tahun-tahun mendatang."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >