Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Pemerintah akan libatkan warga bentuk masa depan SG

Jan 16, 2020 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan mencipta lebih banyak peluang bagi rakyat untuk terlibat sama dalam membentuk masa depan Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, semalam.



"Seperti nenek moyang kita yang terdahulu, generasi warga Singapura sekarang percaya akan potensi Singapura, dan apa yang boleh dikecapi.



"Kami ingin memanfaatkan kekayaan tenaga dan idea ini dengan menggalak rakyat untuk tampil, mengongsi minat mereka, dan rasa bertanggungjawab terhadap masa depan kita bersama," ujar Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan.



Katanya, itulah yang mendorong pelancaran pergerakan Singapura Bersama atau 'Singapore Together' pada Jun lalu.



Encik Heng berkata demikian di pelancaran rasmi pameran seni #futuretogether di Taman di Persisiran malam tadi.



Pameran itu ialah acara terakhir untuk memperingati Bicentennial atau 200 Tahun Singapura, yang telah diadakan sepanjang tahun lalu.



Mengimbas apa yang dicapai dalam Tahun Bicentennial serta dekad-dekad lalu, Encik Heng meluahkan keyakinannya terhadap masa depan Singapura.



"Kita telah membina sesuatu yang amat istimewa di sini.



"Sedang masyarakat lain di sekitar kita telah memandang ke dalam - dipisahkan perbezaan mereka dan bimbang tentang masa depan mereka - kita di Singapura pula berazam untuk kekal terbuka, mengesahkan perpaduan kita sebagai satu rakyat, dan memperbaharui azam untuk maju bersama," ujarnya.



Keyakinan inilah yang telah mendorong nenek moyang Singapura untuk membina negara ini, sebagaimana "masa depan Singapura kita akan ditentukan oleh pilihan yang dibuat setiap daripada kita hari ini', kata Encik Heng lagi.



Gerakan Singapura Bersama merupakan usaha berterusan pemerintah untuk melibatkan warga dalam melakar dasar.



Beberapa inisiatif telah dilakukan sebagai sebahagian pergerakan itu, termasuk Kumpulan Kerja Warga #RecycleRight yang bertujuan melibatkan warga dalam usaha kitar semula, Panel Warga berkenaan Keseimbangan Kerja-Kehidupan serta Pelan Tindakan Belia SG.



Dalam satu temu ramah media baru-baru ini, Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Kewangan merangkap Pendidikan, Cik Indranee Rajah dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, berkata penglibatan warga Singapura dalam melakar dan melaksanakan dasar dan huraian bersama bakal dijadikan sebahagian fabrik kepimpinan 4G.



Semalam, Encik Heng berkata pameran #futuretogether yang dilancarkan semalam telah meraih inspirasi daripada semangat di sebalik gerakan itu.



Pameran yang akan berlangsung hingga 15 Mac itu dibawakan oleh Taman di Persisiran dan GIC bersama teamLab, dan memaparkan tujuh pameran seni pemasangan digital yang terletak di ruang dalam dan tertutup Bayfront Plaza di Taman di Persisiran.



Antaranya ialah Tiang Mesej (Message Pillar) yang membolehkan pengunjung untuk 'menyiarkan' mesej tentang harapan mereka buat Singapura secara digital menggunakan telefon bimbit mereka, dan membaca mesej daripada pengunjung lain.



"Saya ingin mencabar kita semua untuk merenung perjalanan kita sebagai sebuah negara selama ini, dan berazam untuk bertindak bagi memberikan yang terbaik untuk satu sama lain demi masa depan kita bersama," katanya.



Acara yang diadakan sempena Tahun Bicentennial yang lalu mengingatkan Singapura tentang nilai asas negara ini - keterbukaan, kepelbagaian budaya dan azam diri.



"Sedang kita menggulung Tahun Bicentennial dan melangkah ke 2020, saya yakin kita boleh berbuat demikian dengan lebih menghayati siapa kita sebagai satu rakyat, apa yang telah dicapai bersama, dan hala tuju yang ingin dilalui bagi fasa seterusnya dalam perjalanan kita.



"Marilah kita bekerjasama untuk membina daripada apa yang terbaik hari ini untuk mencipta masa depan Singapura, dengan rasa yakin akan tempat kita di dunia, diperkaya dengan warisan rencam kita, dan bergabung tenaga dengan satu sama lain.



"Sentiasa berazam untuk menjadi tempat yang membolehkan setiap generasi untuk mengejar impian mereka, dan mewariskan Singapura yang lebih baik kepada anak kita," ujar Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >