Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN

DPM Heng: Peniaga bantu masyarakat S'pura hadapi Covid-19

DPPMS antara contoh persatuan dagang yang saling sokong berdepan pandemik
Feb 27, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT perniagaan Melayu telah memainkan peranan dan menjalankan usaha bagi membantu masyarakat lebih luas Singapura dalam pandemik Covid-19 ini, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Usaha seperti itu perlu kerana adalah penting perniagaan memberi sokongan kepada satu sama lain dan kepada pekerja, ujar beliau, yang juga Menteri Kewangan.



Dalam ucapan menggulung perbahasan Belanjawan 2021 di Parlimen semalam, Encik Heng berkata beliau gembira melihat persatuan perdagangan dan dewan perniagaan (TAC) menggembeleng sumber dan saling menyokong bagi mengharungi krisis ini.



"Sebagaimana yang disebut oleh Encik Henry Kwek (Kebun Baru), TAC kita boleh menyokong firma dan pekerja supaya bangkit lebih kukuh, dengan membantu mereka menjalani transformasi secara lebih luas dan boleh dikekalkan," kata Encik Heng.



Beliau memberi contoh usaha Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) membentuk sebuah pasukan tindakan Covid-19 pada Mac tahun lalu bagi menyokong anggotanya yang terjerjas oleh krisis ini.



"Ia (DPPMS) menubuhkan sebuah talian hotline kecemasan, menganjurkan sesi mendekati individu bagi sekitar 400 anggota, menyediakan nasihat perundangan bagi mereka yang memerlukan dan menghubungkan perniagaan dengan langkah sokongan pemerintah.



"DPPMS juga mengetengahkan anggota yang mengubah perniagaan mereka di tengah-tengah Covid-19 menerusi sebuah wadah khas, Perbincangan@Dewan, agar yang lain dapat belajar daripada kejayaan mereka," ujar Encik Heng.



Satu lagi contoh persatuan masyarakat memainkan peranan ialah Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), yang bekerja rapat dengan Majlis Pekerjaan Nasional serta 31 TAC untuk menjalankan pemadanan pekerjaan pada peringkat perniagaan dalam semua sektor.



Sejak permulaan pandemik Covid-19, SBF telah menolong lebih 600 syarikat, sementara lebih 100 pekerja dipadankan dengan 77 syarikat.



"Menerusi kerjasama ini, syarikat dan pekerja kita akan bangkit lebih kukuh dalam dunia pasca-Covid-19," kata Encik Heng.



Sementara itu, meningkatkan produktiviti, iaitu dengan syarikat mengubah dan memberi manfaat kepada pekerja dalam proses ia berkembang, adalah satu-satunya cara terus mempertingkat pekerjaan dan kehidupan warga Singapura - iaitu matlamat akhir pertumbuhan ekonomi negara ini.



Memberi respon kepada para Anggota Parlimen (AP) mengenai kenyataan Belanjawan, Encik Heng menarik perhatian bahawa $24 bilion ditetapkan bagi transformasi perniagaan dan pekerja sepanjang tiga tahun mendatang bertujuan mencapai keutaaman ekonomi tempoh sederhana dan panjang sedang negara ini menangani cabaran segera.



Langkah itu juga bertujuan memberi syarikat dan pekerja tempatan kelebihan dalam pasaran global.



Menggariskan hujah AP buruh tentang cara melangkah ke depan, beliau berkata ia juga memerlukan masyarakat untuk kukuh bersama dan pada masa sama, bangkit lebih kukuh.



"Kekuatan keupayaan kolektif kita dan keterhubungan kita sebagai sebuah ekonomi dan masyarakat akan menentukan sejauh mana kita boleh melangkah."




"Ia (DPPMS) menubuhkan sebuah talian hotline kecemasan, menganjurkan sesi mendekati individu bagi sekitar 400 anggota, menyediakan nasihat perundangan bagi mereka yang memerlukan dan menghubungkan perniagaan dengan langkah sokongan pemerintah. DPPMS juga mengetengahkan anggota yang mengubah perniagaan mereka di tengah-tengah Covid-19 menerusi sebuah wadah khas, Perbincangan@Dewan, agar yang lain dapat belajar daripada kejayaan mereka."
- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >