Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Perikatan untuk Bertindak akan diperluas

Lebih banyak perbincangan libatkan warga
Jun 27, 2021 | 05:30 AM



PERIKATAN untuk Bertindak (AfA) akan dikembangkan lagi dalam tahun-tahun mendatang, terutama dalam bidang mewujudkan pekerjaan dan peluang baru, serta mengurangkan ketidaksamaan.



Lebih banyak peluang penyertaan dan perbincangan mendalam juga akan diadakan bagi warga Singapura mencipta masa depan bersama.



Memberi ucapan sempena ulang tahun kedua pembentukan gerakan Singapura Bersama semalam, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata kemajuan telah dicapai dalam 25 AfA yang telah dibentuk sejauh ini sejak setahun lalu.



"Kerjasama seperti AfA dibentuk di tengah-tengah pergerakan Singapura Bersama.



"Dua tahun lalu, saya melancarkan Singapura Bersama dengan tujuan bekerjasama dengan semua warga Singapura dan menggalakkan mereka bekerja dengan satu sama lain untuk membentuk masa depan bersama.



"Niat kami adalah untuk melakukan lebih daripada setakat mengumpul maklum balas dan saranan, tetapi menukar idea kepada kenyataan," ujar beliau.



Encik Heng menambah, AfA baru yang memberi fokus terhadap isu-isu lebih rencam akan dibentuk pada masa akan datang.



Antaranya, membentuk peluang baru, memastikan mobiliti sosial kekal wujud, membangunkan masyarakat yang lebih inklusif dan membina Singapura yang lebih hijau.



Memberi contoh, Encik Heng berkata bulan lalu, Perikatan bagi Kemampanan sedang memimpin pembangunan pertukaran karbon global yang dikenali sebagai Climate Impact X untuk memacu pelaburan dalam penyelesaian karbon dan perdagangan kredit karbon di rantau ini.



Perikatan bagi Pendigitalan Rantaian Bekalan pula sedang merintis infrastruktur data bersama untuk membolehkan digitalisasi rantaian bekalan dari hujung ke hujung.



"Ini adalah tepat pada masa di mana dunia mengalami konfigurasi semula aliran perdagangan dan peralihan ke ekonomi digital.



"Untuk mengubah ekonomi dan industri kita lebih jauh, kita akan mengenal pasti peluang untuk perikatan-perikatan baru," ujar Encik Heng.



Dalam pada itu, untuk membangunkan masyarakat yang lebih adil dan prihatin dengan mengurangkan ketidaksamaan, Perikatan bagi Pekerja Bergaji Rendah telah ditubuhkan.



Selain itu, program Uplift yang menyokong pelajar yang kerap ponteng sekolah atau mengalami isu pembelajaran, berada pada landasan yang betul untuk membantu lebih 300 pelajar menjelang tahun depan.



Perikatan lain yang membantu menangani kesihatan mental dalam kalangan belia juga telah ditubuhkan.



Sempena dua tahun pembentukan pergerakan Singapura Bersama, jelas dapat dilihat bahawa apabila semua bahagian masyarakat bersatu hati mengusahakan sesuatu, pemikiran dapat dijadikan kenyataan dalam masa yang singkat, kata Encik Heng.



"Usaha membangunkan negara kita tidak akan pernah habis," ulas beliau.



"Singapura Bersama ialah usaha kita bersama yang menjangkau satu generasi.



"Sedang kita berusaha muncul lebih kuat daripada Covid-19, kita mesti terus membina ikatan yang telah mendekatkan kita bersama dalam krisis ini dan maju ke hadapan dengan semangat dan tenaga untuk mencipta masa depan yang lebih baik dan cerah," tambahnya.



Laporan lanjut: Teroka idea tingkat sokongan pekerja gaji rendah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >