Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng puji NSF yang bantu padam api di OTH

Dec 14, 2019 | 05:38 PM



BELIAU sedang berjalan dekat pusat penjaja di Our Tampines Hub (OTH) apabila beliau ternampak asap dari salah satu gerai di sana.



Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Prebet (PTE) Muhammad Nur Aqil Ismail, terus menuju ke kabinet alat pemadam api berdekatan, memecahkan panel kaca kabinet itu dengan tangannya dan mengambil kunci untuk membuka kabinet tersebut.



Kemudian, beliau menggunakan pemadam api itu untuk memadamkan api tersebut.



Tindakan pantas PTE Aqil turut dipuji Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Menerusi laman Facebook beliau hari ini (14 Disember), Encik Heng yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines mengucapkan terima kasih kepada PTE Aqil.



“PTE Aqil, yang juga seorang penduduk Tampines Central, sedang berjalan di kawasan itu apabila beliau ternampak asap dan tampil membantu.



“Ini adalah satu peringatan yang baik bahawa kita harus selalu waspada dengan sekitaran kita dan sentiasa membantu satu sama lain,” kata Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >