Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: SG komited buka semula ekonomi, sempadan

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA komited membuka semula ekonomi dan sempadannya kepada seluruh dunia, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, kelmarin.



Malah, usaha meneruskan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) bagi perjalanan bebas kuarantin dengan lebih 20 negara di tengah-tengah kes Covid-19 yang meningkat di seluruh dunia, mencerminkan komitmen ini, katanya.



Tambahnya, negara ini juga akan mengadakan VTL dengan lebih banyak negara apabila keadaan mengizinkan.



"Dengan pelaksanaan vaksin dan suntikan penggalak, banyak negara telah melonggarkan sekatan perjalanan.



"Singapura komited memainkan peranan kita untuk meneruskan semula perjalanan udara global," ujarnya semasa berucap pada upacara pembukaan Pertunjukan Udara Singapura 2022.



Encik Heng turut menarik perhatian bahawa acara tersebut sebagai contoh komitmen Singapura mahu membuka semula ekonomi dan sempadannya.



Pertunjukan udara itu diadakan dalam skala lebih kecil berbanding pertunjukan udara sebelum ini, dengan kehadiran pengunjung yang terjejas dek keadaan Covid-19 di seluruh dunia serta sekatan yang dilaksana.



Bagaimanapun, ia merupakan acara perdagangan terbesar sejak pandemik Covid-19 menular di Singapura.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, berkata pertunjukan udara itu penting dalam menekankan keyakinan Singapura bagi prospek jangka panjang sektor penerbangan dan aeroangkasa.



Beliau berkata asas bagi pertumbuhan kukuh, dengan ekonomi global yang kian lebih saling terhubung, kelas pertengahan yang pesat berkembang dan hubungan udara yang bertambah baik.



"Singapura komited sebagai hab udara global untuk mengembangkan sektor penerbangan dan aeroangkasa.



"Usaha kami hari ini bukan sahaja akan menentukan hala tuju sekarang, bahkan akan menentukan hala tuju bagi 10 hingga 20 tahun akan datang," ujarnya.



Pemerintah telah memperuntuk lebih $1 bilion untuk menyokong sektor penerbangan dan aeroangkasa demi melindungi pekerjaan dan mengekalkan keupayaan di tengah-tengah pandemik sekarang.



Pemerintah juga terus melabur dalam prasarana, kata Encik Heng.



Ini termasuk pembangunan aeroSpace Three yang baru di Taman Aeroangkasa Seletar, yang membolehkan syarikat aeroangkasa memanfaatkan huraian kilang bijak.



Prasarana itu akan siap dibina tahun ini.



Dalam tempoh 10 tahun akan datang, hala tuju bagi sektor penerbangan dan aeroangkasa akan ditentukan oleh pendigitalan dan kemampanan, kata Encik Heng.



Kedua-dua sektor itu sekali gus perlu berubah sebagai respons kepada dua faktor itu.



Malah melebihi dua dekad akan datang, kedua-dua sektor itu juga harus membayangkan kemungkinan baru dan membangunkan keupayaan membentuk semula masa depan sektor penerbangan, tambahnya.



Menarik perhatian tentang pesawat elektrik yang berlepas dan mendarat secara menegak, atau electric vertical take-off and landing aircraft (eVTOL), yang juga dikenali sebagai teksi terbang, Encik Heng berkata Singapura akan berusaha memanfaatkan pertumbuhan pasaran eVTOL global dan bertujuan mewujudkan ekosistem bagi pelbagai kegiatan, termasuk penyelidikan dan perkilangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >