Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

DPM Heng: S'pura bersedia hadapi perubahan, manfaat ekonomi digital

Oct 28, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA sudah bersiap sedia untuk menghadapi perubahan ekonomi yang bakal tiba dan yakin akan muncul lebih kukuh daripada kemelesetan terburuknya, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Bahkan negara ini sudahpun mempersiapkan ekonominya bagi menghadapi Revolusi Industri Keempat sejak beberapa tahun lalu, dan sudah mula mengorak langkah ke arah ekonomi lebih mampan dan inklusif.



"Gabungan teknologi siber dan fizikal akan merubah setiap industri, dan ini akan menjadi satu perubahan besar yang kita telah bersiap sedia menghadapinya," ujar Encik Heng dalam satu dialog maya Fortune Global Forum anjuran majalah Fortune mengenai ekonomi digital semalam.



Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian sebagai menjawab soalan moderator, Encik Clay Chandler, mengenai ekonomi Singapura yang kuncup 7 peratus pada suku ketiga berbanding setahun lalu.



Encik Heng berkata Singapura menjangkakan ekonominya akan merosot antara 5 hingga 7 peratus tahun ini.



Tetapi Singapura akan muncul lebih kuat kerana selain mempersiapkan diri bagi Revolusi Industri Keempat, negara ini juga telah mula berusaha membina ekonomi lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan, kata Encik Heng.



Pada masa yang sama, negara ini juga sedang memanfaatkan revolusi digital untuk mempercepat perubahan.



Usaha transformasi ini bermula sekitar lima tahun lalu apabila Singapura memulakan Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan, melakar Perancangan Perubahan Industri (ITM) untuk 23 sektor ekonomi dan mereka semula pekerjaan, ujarnya.



Ini dilakukan di samping usaha membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) dan warga emas untuk melalui pendigitalan serta meningkatkan kemahiran rakyat.



Pemerintah pula sedang meninjau cara untuk menjadi pemudah cara perubahan, dan menyampaikan khidmat yang bertumpukan rakyat.



"Kami sedang membangun keupayaan dalam semua bidang ini untuk berubah di peringkat setempat, dan memastikan rakyat kita, perniagaan kita berada di tengah-tengah perubahan ini," ujar Encik Heng lagi.



Dalam tempoh lima tahun lalu juga, Singapura telah memperuntuk $20 bilion untuk penyelidikan dan pengembangan, dengan sebahagian besarnya dalam pendigitalan.



Singapura kini sedang melakar rancangan seterusnya di bawah Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2025 (RIE2025), dan akan memperuntuk sebahagian besarnya dalam ekonomi digital kerana ia penting untuk masa depan, kata Encik Heng.



Sebahagian usaha ini, Singapura akan bekerjasama dengan syarikat untuk mengembangkan bakat setempat, selain mengalu-alukan bakat global.



Mengenai globalisasi, Encik Heng berkata ia telah memaksa negara-negara, termasuk Singapura, untuk menyusun semula ekonomi dan melatih semula pekerja.



Pada masa yang sama, Singapura sedang meningkatkan perjanjian dengan negara-negara lain dari segi ekonomi digital, kata beliau.



Sesi dialog itu turut menampilkan pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Grab, Encik Anthony Tan, yang berkata globalisasi bukan sahaja mengenai usaha menarik bakat dan syarikat global, bahkan mengenai usaha meningkatkan kemahiran pekerja setempat.



Syarikat itu semalam mengumumkan ia bekerjasama dengan Microsoft untuk meningkatkan kemahiran celik digital dalam kalangan pemandu dan pekerja penghantaran, serta menawarkan program latihan untuk membantu pemandu beralih kepada pekerjaan dalam pembangunan sofwe.



"Matlamatnya adalah untuk membuka lebih banyak tempat bagi orang ramai meraih manfaat daripada ekonomi digital yang sedang berkembang sedang kita meningkatkan kemahiran di Singapura dan di rantau ini," kata Encik Tan.



Sementara itu, Encik Heng turut ditanya tentang pembukaan sempadan negara, dan berkata Singapura telah melaksanakan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan gelembung perjalanan dengan beberapa negara, dan akan meluaskan aturan perjalanan ini kepada negara-negara lain dalam minggu-minggu akan datang.



"Kami akan melihat hasil awalnya, dan akan memperluaskannya pada hari-hari dan minggu-minggu akan datang.



"Kami sedang dalam perancangan pembukaan semula, kerana saya fikir situasinya kini amat terkawal di Singapura," ujarnya.



LAPORAN LANJUT: Bantu drebar sewa privet tukar ke kerja bangun sofwe




USAHA SINGAPURA KE ARAH EKONOMI LEBIH MAMPAN DAN INKLUSIF



Gabungan teknologi siber dan fizikal akan merubah setiap industri, dan ini akan menjadi satu perubahan besar yang kita telah bersiap sedia menghadapinya.
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat



USAHA SINGAPURA BANGUN EKONOMI DIGITAL



Matlamatnya adalah untuk membuka lebih banyak tempat bagi orang ramai meraih manfaat daripada ekonomi digital yang sedang berkembang sedang kita meningkatkan kemahiran di Singapura dan di rantau ini.
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >