Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: S'pura boleh perkukuh jalinan, sumbang kepada ekonomi China

Dec 28, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA boleh memperkukuh hubungan China dengan ekonomi di rantau ini dan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara itu, sedang Beijing memulakan paradigma pembangunan baru di tengah-tengah penyusunan semula aliran perdagangan dan rantaian bekalan global, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Memberi contoh, beliau berkata Inisiatif Ketersambungan Chongqing - Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baru, yang menghubungkan bahagian barat China dengan Asia Tenggara, melaporkan kenaikan 35 peratus dalam aliran kargo sepanjang separuh pertama tahun ini daripada tempoh sama tahun lalu meskipun berlaku pandemik Covid-19.



"Kerjasama kami di koridor perdagangan ini memberi tumpuan tentang bagaimana pergerakan fizikal barangan boleh dilengkapi pendigitalan untuk menggalak aliran data yang lancar dan dokumentasi tanpa kertas.



"Ini bukan mengoptimumkan operasi rantaian bekalan sahaja, bahkan berpotensi mempercepat pelepasan kastam, pembiayaan perdagangan, insurans dan kegiatan berkaitan lain," kata Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.



Beliau berkata demikian dalam satu rencana yang diterbitkan dalam akhbar Lianhe Zaobao dan laman ThinkChina hari ini, sempena mesyuarat Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-17 dan mesyuarat Majlis Pemandu Bersama berkaitan yang berlangsung esok.



Encik Heng dan Timbalan Perdana Menteri China, Encik Han Zheng, akan mempengerusikan bersama mesyuarat JCBC itu - sebuah platform kerjasama dua hala antara China dengan Singapura.



Selain perdagangan, Encik Heng berkata ada potensi besar untuk memperkukuh ketersambungan digital di rantau ini, dengan kerjasama digital antara Singapura dan China akan memberi manfaat kepada syarikat kedua-dua negara, dan menyemarak usaha menyepadukan ekonomi digital Asean.



Beliau berkata projek dua hala seperti Inisiatif Bandar Bijak Shenzhen boleh menjadi pencari laluan bagi inovasi teknologi dan dasar baru bagi menggalak persekitaran digital boleh dipercayai buat perniagaan dan pengguna.



Misalnya, inisiatif perdagangan digital dengan huraian blockchain akan mempermudah urus niaga rentas sempadan lebih cepat dan selamat, mengurangkan kos bagi perniagaan yang beroperasi di kedua-dua negara, dan mewujudkan khidmat baru bagi ekonomi digital.



Encik Heng menambah bahawa Singapura berharap dapat bekerjasama dengan China bagi menyambung semula ketersambungan udara secara selamat, termasuk sijil kesihatan Covid-19 digital yang diiktiraf kedua-dua belah pihak.



Singapura dan China juga boleh bekerjasama dalam bidang kemampanan, seperti membangunkan ekonomi putaran, dan menggalak perdagangan serta pelaburan tenaga hijau, kata Encik Heng.



Satu contoh ialah projek Tianjin Eco-City, di mana China dan Singapura bekerjasama membina sebuah bandar yang menjimatkan sumber dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim.



Encik Heng turut berkata pembiayaan hijau juga salah satu keutamaan dalam kerjasama Singapura bersama Chongqing, Guangdong, Shanghai, dan Suzhou, dengan negara ini boleh menyokong keperluan pembiayaan hijau dan peralihan korporat China dengan lebih baik.



"Terdapat bidang lain di mana dua negara ini boleh bekerjasama, dan dengan rakan di rantau ini, untuk menjadi mangkin pembangunan kemampanan. Contohnya, kita boleh meneroka cara teknologi kewangan hijau boleh membantu mengurangkan kesan sekitaran dan menyalurkan pelaburan ke arah aset lebih mampan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >