Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Syarikat perlu labur tingkat keupayaan pekerja

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT perlu melabur untuk mempertingkatkan keupayaan pekerja mereka demi mengukuhkan kedudukan syarikat serta untuk bangkit lebih kukuh pascapandemik.



Ini terutama dalam situasi ekonomi yang tidak seimbang dengan persaingan kuat di peringkat global untuk menarik bakat, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat.



Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian semasa Forum Perniagaan Belanjawan Singapura 2021 Lianhe Zaobao semalam. Beliau sambil membentangkan tiga cara syarikat dan pekerja boleh bekerjasama lebih rapat.



Antaranya adalah dengan menyertai Perikatan untuk Bertindak Singapura Bersama, yang melibatkan kerjasama antara pihak berkepentingan dan industri untuk menggarap peluang untuk Singapura terus berkembang.



Katanya, perikatan ini boleh menggabungkan kekuatan kolektif industri dan masyarakat untuk mewujudkan penyelesaian secara berkesan.



Syarikat juga perlu mempertimbangkan hubungan mereka dengan kakitangan lain untuk jangka masa panjang dengan mempertingkat kemahiran dan produktiviti.



Ini akan mewujudkan industri yang lebih berdaya saing, katanya.



"Fasa persaingan seterusnya adalah untuk memperoleh bakat (yang diperlukan). Kami perlu membangunkan bakat tempatan serta menarik bakat asing yang mempunyai kepakaran tertentu pada masa yang sama," katanya.



Kata Encik Heng, firma juga perlu menyumbang semula kepada masyarakat dan beliau menambah banyak firma yang telah mengembalikan atau mendermakan bayaran subsidi Skim Sokongan Pekerjaan (JSS) mereka sementara firma lain pula tampil untuk membantu golongan yang memerlukan.



Panel tersebut turut terdiri daripada presiden Dewan Perusahaan dan Perniagaan Cina Singapura, Encik Roland Ng; pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Lim Ming Yan; presiden Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana (ASME), Encik Kurt Wee; dan pengarah eksekutif ekonomi dan kajian pasaran global UOB, Encik Suan Teck Kin.



Moderator perbincangan adalah editor Lianhe Zaobao, Encik Goh Sin Teck.



Forum tersebut, yang diadakan buat kali keenam tahun ini, merupakan salah satu acara utama akhbar itu dan memberi tumpuan kepada aspek-aspek berbeza Belanjawan dalam bahasa Mandarin melalui sesi dialog.



Mengulas berkaitan ketidaktentuan ekonomi sekarang, Encik Heng berkata masa yang diambil untuk membuka semula sempadan bukan hanya bergantung kepada Singapura tetapi sama ada negara seluruh dunia boleh menghadapi Covid-19 dengan berkesan.



"Kita juga perlu menilai jika negara sekeliling kita melaksanakan program vaksinasi mereka secepat yang kita lakukan," katanya.



Pendekatan ini juga perlu dipersetujui semua pihak, tambahnya.



Encik Heng berkata: "Pada asalnya kami berpendapat ada banyak negara yang boleh bekerjasama (dengan Singapura) untuk mewujudkan laluan hijau timbal balik (RGL).



"Namun, ada di antara negara itu yang mengalami gelombang jangkitan kedua, dan ini menjadikannya lebih sukar untuk mewujudkan komitmen untuk membuka RGL pada masa tertentu."



Sementara itu Encik Heng turut menambah ekonomi dunia turut terjejas oleh beberapa faktor lain termasuk ketegangan antara Amerika Syarikat dan China.



Tambahnya, terdapat banyak bidang di mana kerjasama antara kededua negara itu penting diwujudkan, termasuk berkaitan Covid-19 dan perubahan iklim.




BERITA PERSAINGAN DAPATKAN BAKAT



"Fasa persaingan seterusnya adalah untuk memperoleh bakat (yang diperlukan). Kami perlu membangunkan bakat tempatan serta menarik bakat asing yang mempunyai kepakaran tertentu pada masa yang sama."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



CABARAN BUKA SEMPADAN



"Pada asalnya kami berpendapat ada banyak negara yang boleh bekerjasama (dengan Singapura) untuk mewujudkan laluan hijau timbal balik (RGL). Namun, ada di antara negara itu yang mengalami gelombang jangkitan kedua, dan ini menjadikannya lebih sukar untuk mewujudkan komitmen untuk membuka RGL pada masa tertentu."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >