Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng terima pengiktirafan tertinggi Hari Buruh

Apr 28, 2021 | 09:11 PM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, menerima pengiktirafan tertinggi Hari Buruh kerana usahanya membantu perniagaan kekal bertahan dan memelihara kehidupan pekerja di sini di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Pingat Kehormatan itu disampaikan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) buat individu yang telah menawarkan khidmat gemilangnya pada gerakan buruh.



Encik Heng, 60 tahun, yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi juga diiktiraf kerana memainkan peranan penting dalam membantu firma di sini mengharungi krisis ekonomi menerusi lima Belanjawan tahun lalu.



Beliau juga telah memperjuangkan dasar yang melengkapi pekerja dengan kemahiran yang diperlukan agar dapat terus kekal bekerja.



Encik Heng adalah antara 143 individu dan pertubuhan yang menerima anugerah mereka kerana sumbangan yang boleh diteladani.



Dalam wawancara bersama blog NTUC, LabourBeat, Encik Heng berkata wabak Covid-19 adalah yang membawa krisis tidak diduga serta cabaran menggentarkan buatnya dan pasukannya di Kementerian Kewangan.



"Namun, situasi yang lebih menggentarkan adalah bagi perniagaan dan pekerja kita. Bagi sesetengahnya, perniagaan mereka terhenti semalaman. Pekerja pula risau tentang sama ada mereka akan dibayar gaji dan mampu mengekalkan pekerjaan mereka," jelasnya.



Bagi menyokong mereka, langkah Belanjawan yang biasanya mengambil masa beberapa bulan dijana dalam masa beberapa minggu dan dilaksanakan secepat mungkin.



Salah satu dasar utama ialah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang membantu mengimbangi sebahagian pendapatan pekerja tempatan.



Pengiktirafan yang diberi kepada Encik Heng ini diraih seminggu selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan rombakan Kabinet. Encik Heng akan menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, mulai 15 Mei ini.



"Apa yang penting bukan berapa banyak sumbangan seseorang individu. Apa yang lebih utama bagi Singapura ialah bagi pemimpinnya mengetepikan kepentingan peribadi dan ego mereka, untuk fokus pada gambaran suasana lebih meluas lagi dan apakah yang terbaik buat negara kita," katanya.



Anugerah Hari Buruh tahun ini diadakan dalam dua sesi di Downtown East serta distrim menerusi Zoom.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >