Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:10
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

DPM Heng : Tumpuan kepada perubahan iklim cerminkan pemikiran jangka panjang rakyat Singapura

Aug 30, 2019 | 12:16 PM

KESAN perubahan iklim dan keperluan untuk mengatasinya lebih awal lagi adalah satu mesej daripada Rapat Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong baru-baru ini yang diterima baik oleh kebanyakan warga Singapura, terutamanya golongan muda, menurut Reach, unit maklum balas Pemerintah.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berasa gembira dengan sambutan itu lalu berkata, rakyat Singapura sedar akan kepentingan mengatasi cabaran peruhbahan iklim yang harus ditangani dengan awal lagi.

Encik Heng mengatakan kepada wartawan pada hari Khamis (29 Ogos): "Saya sangat terdorong dengan sikap rakyat Singapura yang berfikiran jangka panjang, untuk melihat bagaimana kami mempersiapkan diri dengan lebih baik, dan pada masa yang sama, bekerja bersama."

Beliau mengulas mengenai dapatan Reach bahawa sembilan dalam 10 rakyat Singapura di bawah umur 30 tahun merasakan ancaman perubahan iklim terhadap negara adalah sesuatu yang nyata, dan bahawa Singapura perlu bertindak sebelum terlambat.

Bagi mereka yang berusia di antara 30 dan 54 tahun, lapan dalam 10 juga rasa sedemikian.

Sebelum beliau mulai dialog-tertutup dengan 200 peserta, beliau ditanya sewaktu wawancara media tentang rancangan Pemerintah untuk menjalin konsensus dalam kalangan warga Singapura yang lebih tua mengenai topik perubahan iklim.

Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, berkata walaupun isu perubahan iklim lebih penting bagi golongan warga muda, warga emas juga digalak untuk mengambil tindakan awal supaya dapat menangani perkara itu.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian