Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Teo beri sanjungan pada persahabatan istimewa Singapura dan Brunei

Oct 07, 2015 | 09:15 AM



TIMBALAN Perdana Menteri Teo Chee Hean memberi sanjungan kepada persahabatan istimewa dan panjang Singapura dan Brunei pada hari ketiga lawatan beliau ke negara itu, sambil menonjolkan peri perlu lebih banyak interaksi antara pemimpin generasi muda untuk terus mengembangkan hubungan rapat tersebut.


"Ada banyak cara untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala. Saya rasa adalah penting kita bermula dari muda," katanya dalam satu ceramah khas yang menjejak sejarah kerjasama dua hala panjang Brunei dan Singapura, pada Selasa (6 Okt) di Universiti Brunei Darussalam.


Encik Teo menggesa orang muda dari kedua-dua negara supaya "belajar bersama dan berkembang bersama", sambil menambah bahawa beliau "mendapat manfaat secara peribadi apabila dibawa bersama orang lebih kanan daripada saya, baik dalam tentera mahupun pemimpin politik kanan... dan belajar daripada mereka semasa interaksi yang banyak".


Beliau berada di Brunei sebagai sebahagian daripada Program Pemimpin Muda 3, yang dianjurkan bersama Singapura dan Brunei bagi menggalak pertukaran antara generasi muda pemegang jawatan politik .


Mengiringi Encik Teo ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu; Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Undang-undang), Cik Indranee Rajah; Menteri Negara Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kewangan), Cik Sim Ann; dan Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Encik Chee Hong Tat.


Lawatan Encik Teo juga bertepatan dengan penyertaan 30 pemimpin muda dari Singapura dan Brunei, yang merupakan sebahagian daripada hadirin ceramah beliau, dalam Program Pertukaran Kepimpinan Belia Singapura-Brunei pertama.


Terdahulu, Encik Teo melancarkan bersama Puteri Masna sebuah pameran fotografi yang menekankan hubungan antara dua negara itu melalui gambar dan arkib akhbar.


Pameran itu juga mempunyai tumpuan khusus pada hubungan antara Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien dari Brunei dan mendiang Perdana Menteri Pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew.


Encik Teo menyentuh mengenai dua pemimpin perintis tersebut dalam ceramahnya, memaparkan bagaimana mereka meletakkan "asas hubungan istimewa kita".


Mencerminkan hubungan istimewa dua negara itu, Encik Teo turut mengucapkan terima kasih kepada Sultan Hassanal Bolkiah kerana menghadiri pengebumian mendiang Encik Lee awal tahun ini, sambil menambah bahawa Sultan Brunei pemimpin asing pertama menziarahi dan memberi penghormatan pada upacara berkabung privet keluarga mendiang.


Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, juga menekankan pertahanan sebagai "tunggak penting dalam hubungan kita".


Pada Rabu, Encik Teo akan melawat Pusat Latihan Mekanikal dan melawat Temburong, sebuah kemudahan latihan Angkatan Tentera Singapura (SAF). - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >