Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Teo gesa warga tolak pandangan yang memisahkan masyarakat

Hargai usaha RRG cegah radikalisme, selamatkan individu radikal daripada membahayakan keluarga dan orang tersayang
Jun 07, 2018 | 05:30 AM



PENGANUT agama berbeza boleh bekerjasama untuk menyebar luas mesej umum yang positif dan memberi manfaat kepada semua, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.



"Saya gembira kerana duta-duta belia bukan Islam terlibat dalam kempen Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) 'Sentuhan Ramadan' untuk menyebarkan mesej mengukuhkan keluarga, sayangi masyarakat dan prihatin pada sekitaran kita," ujar Encik Teo, dalam ucapannya di majlis iftar anjuran Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di Masjid Khadijah di Geylang semalam.



Berkongsi intipati perbualannya dengan Imam Besar Al-Azhar Dr Ahmed Al Tayyeb yang mengunjungi Singapura bulan lalu, Encik Teo berkata beliau kagum dengan pandangan Dr Ahmed tentang interaksi antara agama.



Menurut Encik Teo, Dr Ahmed berkata beliau, antara lain mengamalkan perbuatan mengucap selamat kepada penganut agama lain semasa cuti sambutan perayaan keagamaan di Mesir.



"Saya dapati penjelasan beliau penuh pencerahan dan memberi manfaat kepada masyarakat berbilang agama seperti Singapura, di mana semua masyarakat boleh makan bersama-sama, melawat antara satu sama lain dan berkongsi kegembiraan dan kesedihan kita bersama-sama," ujar Encik Teo yang berucap dalam bahasa Melayu.



"Kita harus menolak pandangan yang mengehadkan interaksi kita dan memecahbelahkan kita sebagai masyarakat."



Merujuk kepada berita penangkapan seorang pemuda radikal setempat berusia 27 tahun, yang diumumkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) bulan lalu, Encik Teo berkata warga Singapura perlu terus 'berwaspada pada setiap masa' dan 'meningkatkan daya ketahanan' masyarakat kita untuk menentang ancaman keganasan dan radikalisme.



"Marilah kita teruskan tugas penting yang dilakukan oleh RRG dan pelbagai kumpulan masyarakat untuk membantu menyelamatkan individu daripada membahayakan keluarga dan orang-orang tersayang," kata Encik Teo, bercakap kepada sekitar 100 tetamu yang hadir.



Antara tetamu yang hadir ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.



Dalam ucapannya, naib pengerusi RRG Ustaz Dr Mohamed Ali menekankan peri pentingnya mendekati belia yang kini lebih terdedah kepada radikalisme.



Menurut Dr Mohamed, yang menyampaikan ucapan itu bagi pihak Pengerusi Bersama RRG Ustaz Ali Mohamed, kegiatan dalam talian belia seperti ini adalah satu pemangkin yang membolehkan trend ini berlaku.



"RRG sedar, untuk menambah daya tahan belia kita ke atas idea radikal, tumpuan mereka perlu diarahkan ke wadah di mana mereka boleh mendapatkan interaksi dunia sebenar.



"Interaksi seperti ini harus melibatkan asatizah yang berkelayakan, yang berupaya membimbing belia ini dengan sewajarnya apabila mereka menunjukkan tanda-tanga terpesong ke laluan radikal," kata Dr Mohamed.



Menurut Dr Mohamed, kumpulan pertama belia akan memulakan Program Kesedaran RRG pada Julai ini.



Program itu, yang dilancarkan Mac lalu, antara lain bertujuan mematahkan kes-kes belia menjadi radikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >