Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Teo: Guna kebaikan agama untuk kukuhkan masyarakat

Oct 15, 2017 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri (DPM) Teo Chee Hean menekankan pentingnya menggunakan kebaikan yang ada dalam agama bagi membantu mengukuhkan masyarakat, dan mengelak kesulitan akibat penyalahgunaan agama oleh sebilangan pihak.



Ini penting bagi semua masyarakat, terutama bagi masyarakat minoriti, kerana masyarakat minoriti boleh berkembang maju dalam masyarakat terbuka dan mesra, dan sebaliknya apabila masyarakat berpecah-belah.



Encik Teo berkata demikian dalam ucapannya di majlis jamuan malam sempena ulang tahun Jamiyah Singapura yang ke-85 semalam.



Majlis yang diadakan di Marina Bay Sands itu turut dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim.



Dalam ucapannya, Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara menambah:



"Keamanan dan keharmonian antara agama tidak datang bergolek bagi Singapura dan kekal genting bagi kita.



"Hari ini, kita masih boleh melihat banyak perselisihan dan konflik keagamaan termasuk dalam rantau kita. Usaha oleh pertubuhan seperti Jamiyah adalah amat berharga bagi membantu melindungi keharmonian agama dan sosial di Singapura.



Beliau berkata semua masyarakat di Singapura boleh saling membantu demi menggalak sikap saling menghormati dan memahami.



"Internet dan media sosial kini menjadi saluran bagi mereka yang tidak bertanggungjawab memperkecilkan budaya dan agama lain untuk mengapi-apikan ketegangan dan menyemai perpecahan antara kaum.



"Kita perlu mengambil pendirian tegas menolak ekstremisme dan usah benarkan ideologi ekstrem menggugat keharmonian sosial kita," ujar beliau.



Daripada memberi perhatian kepada perbezaan, Encik Teo menggalak warga Singapura agar meluaskan ruang bersama, meraikan persamaan dan berusaha ke arah kebaikan bersama bagi negara dan masyarakat.



Beliau juga berkata warga Singapura perlu bersedia sebagai satu masyarakat untuk melindungi keselamatan negara dan kembali berdiri dengan lebih teguh apabila pengganasan berlaku.



Encik Teo berharap anggota Jamiyah dapat bekerjasama dengan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), yang telah menyelamatkan beberapa individu yang menunjukkan tanda menjadi radikal, bagi meningkatkan kesedaran dan merujuk mereka yang berisiko agar mendapat kaunseling keagamaan dan psikologi oleh RRG dan kaunselornya.



Beliau juga berkata semua kepercayaan dan masyarakat boleh menjaga satu sama lain dan membangunkan masyarakat penyayang tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >