Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

DPM Teo ketuai pemimpin politik muda ke Brunei

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

DPM Teo ketuai pemimpin politik muda ke Brunei

Oct 04, 2015 | 07:06 PM

TIMBALAN Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, mengetuai sekumpulan pemegang jawatan politik muda dari Singapura dalam satu lawatan ke Brunei Darussalam bermula sejak hari ini hingga Rabu ini bagi Program Pemimpin Muda (YLP) Ketiga.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini, YLP ditubuhkan pada 2013 bagi mengukuhkan hubungan antara kededua negara terutamanya di antara generasi pemimpin muda.

Dalam lawatan itu, DPM Teo ditemani Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu; Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Undang-Undang) Cik Indranee Rajah; Menteri Negara Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kewangan) Cik Sim Ann; dan Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan) Encik Chee Hong Tat.

Dalam lawatan itu, DPM Teo dan delegasinya akan menemui Sultan Haji Hassanal Bolkiah, selain menemui Putera Haji Al-Muhtadee Billah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3