Pejuang kumpulan militan ISIS yang pulang ke tanah air dari Syria atau Iraq menimbulkan ancaman keselamatan antarabangsa, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.
Meskipun telah meninggalkan Timur Tengah, pejuang radikal ini boleh melakukan serang di negara mereka, membentuk kumpulan pengganas mereka sendiri atau menyertai kumpulan kumpulan pengganas setempat atau serantau.
Encik Teo berkata demikian semasa berucap di Simposium Persidangan Kemuncak Asia Timur (EAS) mengenai pemulihan keagamaan dan perpaduan sosial pagi tadi.
Simposium anjuran Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) yang disokong Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Dan Kementerian Ehwal Lunar (MFA) itu dihadiri pakar dan pengamal dalam bidang pemulihan keagamaan dan usaha melawan ideologi daripada sektor privet, awam dan akademik, dari lebih 30 negara di Asia Timur.
Encik Teo turut menarik perhatian tentang ancaman individu radikal yang melakukan serangan secara sendirian atau lone wolf di tempat tinggal mereka.
Meskipun operasi keselamatan tradisional telah berjaya menumpaskan rancangan oengganas dan meneutralkan operatif pengganas, usaha melawan ideologi lebih penting kini.
Ini lebih-lebih lagi dengan ISIS yang menggunakan teknologi untuk merekrut anggotanya dan menjadikan individu radikal demi memperjuangkan matlamat politik dan keganasan mereka.