DPM Teo: Sektor awam perlu lebih mahir teknikal, berani, kreatif

SINGAPURA perlu membangunkan teras kejuruteraan yang mantap dalam Perkhidmatan Awam dan memastikan kakitangan awam dan juga warga setempat memiliki kemahiran teknikal seperti kejuruteraan, teknologi digital dan keselamatan siber, kata Timbalan Perdana Menteri (DPM) Teo Chee Hean.

Singapura juga perlu membangunkan minda inovatif, berani dan kreatif dalam menghadapi sekitaran global yang tidak menentu.