Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Teo: Warga perlu tahu bertindak apabila berlaku serangan pengganas

Oct 29, 2017 | 05:30 AM



APABILA berlakunya serangan pengganas, apa yang penting ialah setiap warga tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mahu bertindak, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.



Jika berwaspada, mereka mungkin dapat mencegah dan menghalang bakal penyerang daripada melakukan serangan, katanya.



"Sekiranya anda terperangkap dalam satu insiden, anda mesti tahu apa perlu dilakukan. Lari, sembunyi, beritahu, bantulah orang di sekeliling," tambah beliau.



Encik Teo berkata demikian semasa bercakap kepada media selepas menyaksikan satu latihan menentang pengganasan - Exercise Northstar - di mana sukarelawan masyarakat dan profesional yang memberi respons kali pertama bekerjasama sebagai memberi repons kepada serangan simulasi.



Latihan empat jam yang diadakan di Pusat Taktikal Home Team di Mandai itu melibatkan sekitar 500 pegawai daripada pelbagai agensi memberi respons kepada senario letupan bom berkembar di sebuah bangunan yang menempatkan pusat beli belah, sebuah pusat tukaran bas dan perumahan,



Latihan sedemikian membolehkan pelbagai agensi terlibat menguji koordinasi mereka, kata Encik Teo, sambil menambah ia bahagian penting dalam mengembalikan keadaan seperti biasa selepas insiden.



Dipimpin Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), latihan itu melibatkan agensi utama seperti polis, Persatuan Rakyat (PA), agensi air PUB, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Ia merupakan fasa kedua daripada 10 edisi Exercise Northstar.



Fasa pertama diadakan minggu lalu di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi dan melibatkan pasukan keselamatan cuba menumpaskan penyerang bersenjata dalam terminal yang sesak.



Latihan serangan simulasi semalam pula melibatkan dua kereta yang sarat dengan bahan letupan meletup di luar sebuah bangunan empat tingkat yang diberi nama Pandora Plaza and Residences.



Salah satu letupan berlaku di luar sebuah laluan masuk ke pusat beli belah, sementara satu lagi bersebelahan sebuah struktur dekat sebuah pusat tukaran bas.



Letupan begitu kuat sehinggakan ia menyebabkan bangunan itu runtuh.



Latihan itu turut disaksikan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >