Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Tharman: Industri 4.0 harus wujud pekerjaan bermutu

EDB turut lancar rangkaian industri baru bantu syarikat percepat pelaksanaan program perubahan industri sendiri
Oct 17, 2018 | 05:30 AM



KERJASAMA antara negara dan industri diperlukan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi Revolusi Perindustrian Keempat, atau Industri 4.0, kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam semalam (gambar).



Namun, majikan dan pendidik mesti menangani cabaran asas Industri 4.0, iaitu untuk mewujudkan pekerjaan berkualiti untuk masa depan, katanya.



"Ini penting kerana apapun caranya, jika kita meningkatkan kepantasan dan kecekapan (dalam industri), dalam jangka panjang, tidak akan ada banyak pekerjaan. Akan ada pekerjaan yang lebih bermutu tinggi, tetapi tidak akan ada banyak.



"Kita harus mewujudkan pekerjaan di luar industri penghasilan agar akan ada banyak lagi pekerjaan pada masa depan, dengan pekerjaan yang bermutu dalam setiap sektor ekonomi," kata Encik Tharman.



Beliau berkata demikian di pembukaan acara perdagangan Perubahan Perindustrian Asia-Pasifik 2018 yang pertama di Singapore Expo.



Acara itu meraih inspirasi daripada acara Hannover Messe di Jerman, yang dianggap sebagai pameran dagangan terbesar dunia.



"Kami tahu Industri 4.0 sudah tiba. Ia bukan hanya satu ramalan, ia sudah pun mengubah pengilangan dan logistik.



"Robotik, kecerdasan buatan dan pengilangan tambahan serta beberapa teknologi lain telah mengubah industri di syarikat besar kami, dan kami semakin ingin ia berlaku kepada syarikat kecil dan sederhana kami," kata Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Sosial.



Untuk mencapai matlamat itu, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) melancarkan satu rangkaian industri baru di acara itu untuk membantu syarikat mempercepat pelaksanaan program perubahan industri mereka sendiri menerusi terbinanya masyarakat rakan teknologi, pembiayaan, pembangunan bakat dan latihan.



Rangkaian Rakan Indeks menambah kepada Indeks Kesediaan Industri Bijak yang dilancarkan tahun lepas.



Indeks itu menetapkan rancangan perubahan yang boleh digunakan syarikat untuk menilai keupayaan mereka sendiri berbanding tahap nasional.



Penolong pengarah urusan EDB, Encik Lim Kok Kiang, berkata Rangkaian Rakan Indeks menyediakan bahasa dan rangka kerja yang sama di mana pelbagai industri dalam Industri 4.0 boleh mendasarkan penyelesaian dan persembahan mereka.



"Rangkaian ini membawa kita satu langkah lebih maju dengan membina masyarakat rakan dengan keupayaan dan kepakaran yang pelbagai untuk membantu penghasil melaksanakan rancangan perubahan mereka menggunakan indeks tersebut," kata Encik Lim.



Encik Tharman berkata indeks itu membolehkan firma besar dan kecil untuk mengetahui kedudukan mereka dari segi transformasi, dan rangkaian ini amat berguna untuk syarikat kecil dan sederhana (SME) terutamanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >