DPM Tharman perdalam ikatan S’pura dengan Kenya, Rwanda , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

DPM Tharman perdalam ikatan S’pura dengan Kenya, Rwanda

Jun 16, 2018 | 12:53 PM

TIMBALAN Perdana Menteri merangkap  Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam,  mengadakan beberapa pertemuan sepanjang  empat hari lalu bersama para pemimpin pemerintah    Kenya  dan Rwanda  sebagai sebahagian daripada usaha Singapura memperdalam ikatan di  kawasan  Sub-Sahara Afrika yang semakin berkembang.

Ini dinyatakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada Sabtu (16 Jun).

Semasa melawat Kenya pada 12 hingga 13 dan 15 Jun,   Encik Tharman antara lain melakukan kunjungan ke atas  Presiden   Uhuru Kenyatta  di Rumah Negara  di Mombasa.

     DPM Tharman dan Presiden Kenyatta membincangkan cara  memperdalam kerjasama dua hala dalam operasi pelabuhan, penerbangan, teknologi kewangan (fintech), pembangunan kemahiran dan rancangan  Kenya dalam   pembangunan perumahan.

Mereka juga membincangkan isu-isu dalam reformasi sektor awam.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

DPM Tharman juga bertemu Timbalan Presiden William Ruto, Setiausaha Kabinet bagi   Ehwal Luar  dan Perdagangan Antarabangsa Monica Juma, Setiausaha Kabinet bagi  Perbendaharaan dan Perancangan Kebangsaan   Henry K. Rotich, Setiausaha  Kabinet bagi  Industri, Perdagangan dan Koperasi Adan Mohammed, Setiausah Kabinet   bagi  Pembangunan Pengangkutan   dan Prasarana   James Macharia, Setiausaha Kabinet bagi Pelancongan dan Hidupan Liar Najib Balala, dan Gabenor  Bank Pusat  Kenya, Dr Patrick Njoroge semasa lawatannya.

Kenyataan PMO itu menyatakan bahawa pelancaran  Pusat Luar Negara Nairobi Enterprise Singapore  dan pemeteraian  Perjanjian  Pengelakan Cukai Dwihala    semasa lawatan Encik Tharman  akan membantu mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala dan menyokong   syarikat Singapura yang berminat di Kenya, yang semakin bertambah.

DPM Tharman melawat Rwanda dari 13 hingga 14 Jun,  di mana beliau melakukan kunjungan ke atas  Perdana Menteri Dr Edouard Ngirente dan mengadakan perbincangan berhasil   dengan para pemimpin  utama lain negara itu,  Menteri Prasarana  Claver Gatete, Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi Dr Uzziel Ndagijimana, Menteri Perdagangan dan Industri Vincent Munyeshyaka, dan Gabenor Bank Negara Rwanda John Rwangombwa.

Mereka meneroka cara  dua negara  dapat memperdalam kerjasama dan bantuan teknikal dalam pelbagai bidang, termasuk pengurusan sektor awam, keselamatan penerbangan, perancangan guna tanah, pengurusan air, pembangunan kemahiran dan pembangunan pasaran kewangan dalam negeri.

PM Ngirente juga menyampaikan minat  Presiden Paul Kagame, yang berada di Russia semasa   kunjungan DPM Tharman, dalam memperluas hubungan erat Rwanda dengan Singapura.

DPM Tharman dan PM Ngirente juga menyaksikan penandatanganan Perjanjian Pelaburan Dua Hala dan Perjanjian Perkhidmatan Udara  Dua Hala.

 DPM Tharman dan Menteri Negara Kanan  Koh Poh Koon juga meletakkan karangan bunga di Memorial Genosid Kigali bagi memperingati  lebih  satu juta rakyat Rwanda yang dibunuh semasa Genosid Rwanda 1994.

DPM Tharman pulang ke Singapura pada Sabtu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map