Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Tharman rai warga Singapura di London sempena Tahun Baru Cina

Jan 31, 2017 | 07:57 AM



LONDON: Lebih 350 warga Singapura yang bekerja atau belajar di Britain menghadiri sebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina di London pada Ahad (29 Jan), yang diadakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam.



Majlis di Hotel Royal Garden itu diadakan dengan hidangan tradisional. Ia dianjurkan bersama Suruhanjaya Tinggi Singapura di London dan Unit Warga Singapura di Luar Negara, Pejabat bagi Pelibatan Rakyat, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.



Sebahagian daripada rakyat Singapura itu datang dari bandar-bandar jiran seperti Cambridge, Leeds dan Manchester untuk menyertai majlis tersebut.



Dalam perutusan Tahun Baru Cina kepada mereka, Encik Tharman menekankan kepentingan inovasi di peringkat negara dan individu sedang Singapura bersiap bagi fasa seterusnya pembangunan ekonomi.



Kepelbagaian budaya ialah sifat unik dan istimewa Singapura yang warga negara ini harus pertingkat dan memperdalam, termasuk melalui persahabatan dengan satu sama lain sedang rakyat Singapura membesar dan dalam masyarakat, katanya.



Hadirin juga melakukan acara melambung 'lo hei' bersama dan menikmati minum petang dengan hidangan kegemaran seperti laksa dan nasi ayam.



Majlis itu sebahagian daripada acara lawatan kerja Encik Tharman ke Britain, di mana beliau bertemu pemimpin kerajaan dan perniagaan di London.



Beliau juga dijadual menyampaikan ceramah awam mengenai 'Kemakmuran Inklusif: Menjadikannya Tercapai', di Sekolah Ekonomi London (LSE) pada Isnin (30 Jan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >