Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Tharman ucap selamat Hari Raya dari Kenya

Jun 16, 2018 | 03:03 PM



TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, mengucapkan  selamat   Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslim, dan mengharapkan  kepuasan menjadi sebahagian daripada masyarakat  pelbagai budaya Singapura bagi  semua orang, dalam satu pos Facebook pada Jumaat (15 Jun).



Encik Tharman yang dalam rangka lawatan ke Kenya dan Rwanda berkata dalam pos beliau: “Saya berada di Mombasa di Kenya, untuk bertemu  Presiden Uhuru Kenyatta pada  hujung lawatan    rasmi ke Rwanda dan Kenya.



“Baru saja  melawat Masjid Al Mandhry,   yang dibina pada abad ke-16, dengan  menara gaya Swahili yang unik yang anda lihat dalam foto. Kebanyakan penduduk Mombasa adalah  Muslim, dan kebanyakannnya mengikuti  mazhab  Syafie seperti di Asia Tenggara.



“Mombasa sendiri mempunyai sejarah interaksi  panjang dan mendalam dengan Asia. Ia  sebuah pelabuhan yang berkembang maju pada abad ke-12, dengan para pedagang dari China, Cholas dari India Selatan dan Asia Tenggara berulang-ulik.



“Itu lama  sebelum orang Portugis menguasai (membunuh banyak orang), diikuti oleh Arab Oman dan orang Inggeris.



“Ia kini menjadi sebahagian daripada cita-cita Kenya menjadi hab ekonomi terkemuka di Afrika.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >