Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong adakan lawatan rasmi ke Jepun

May 23, 2023 | 03:12 PM



TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berada di Jepun bagi satu lawatan rasmi dari Selasa hingga Sabtu, kata Pejabat Perdana Menteri.


Beliau akan menemui rakan sejawatannya, Perdana Menteri Fumio Kishida dan pemimpin politik dan perniagaan Jepun lain.

Encik Wong akan juga menghadiri majlis jamuan dengan masyarakat Singapura di Jepun.

Dalam lawatan sempena Forum Nikkei tentang Masa Depan Asia ke-28 yang dianjurkan Nikkei itu, Encik Wong akan menyampaikan ucapan pada Khamis.

Tema tahun ini ialah “Memanfaatkan kuasa Asia untuk menghadapi cabaran global”.

Dalam satu catatan Facebook pada Selasa, Encik Wong menyatakan beliau gembira kembali ke Tokyo, menyusuli lawatan ke Niigata minggu lalu bagi mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat G-7.

Beliau diiringi pegawai daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Ehwal Luar, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dan Lembaga Kemajuan Ekonomi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >