Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong bentang Belanjawan 2023 pada 14 Feb

Dec 30, 2022 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan membentangkan Belanjawan Negara 2023 di Parlimen pada 14 Februari tahun depan.



Pembentangan Belanjawan 2023 itu akan disiarkan secara langsung melalui televisyen, radio dan laman web Belanjawan Singapura, menurut Kementerian Kewangan (MOF) semalam.



Kenyataan penuh Belanjawan 2023 akan diterbitkan di laman itu selepas ia dibentangkan.



Menurut MOF, orang ramai boleh mendapatkan perkembangan terkini pengumuman utama Belanjawan menerusi akaun Facebook dan Twitter MOF.



"Kami terus mengalu-alukan pandangan dan saranan anda bagi Belanjawan 2023. Orang ramai boleh memberikan maklum balas mereka, baik dalam talian melalui laman mikro Belanjawan 2023 Reach mahupun kios maklum balas elektronik e-LP (tinjauan dalam talian), Facebook serta Instagram Unit Maklum Balas pemerintah itu," ujar MOF.



Maklum balas boleh diberikan hingga 13 Januari 2023.



MOF juga sedang bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) dan pertubuhan akar umbi melalui wadah dalam talian Ask Kopi Kakis #shareyourviews untuk mendapatkan pandangan dan saranan orang ramai.



"Kami terus menggalak rakyat Singapura berkongsi pandangan dan saranan tentang isu-isu relevan bagi Belanjawan 2023," tambah MOF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >