Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN SAYAP WANITA PAP

DPM Wong: Jurang jantina masih wujud walau S'pura telah capai kemajuan dalam pembangunan wanita

Sep 12, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN Singapura telah mencapai kemajuan dalam pembangunan wanita, jurang jantina yang berterusan dan berbahaya masih wujud dalam masyarakat dan terdapat banyak ruang untuk memperbaiki keadaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Akui bahawa wanita kini mendapat peluang pendidikan yang saksama dengan kaum lelaki dan memikul peranan kepimpinan dalam kedua-dua sektor awam dan privet, Encik Wong berkata:



"Kita telah mencapai kemajuan dan kita patut bangga atas kemajuan yang telah kita capai, tetapi kita juga patut sedar bahawa keadaannya tidak sempurna."



Encik Wong berkata demikian sewaktu persidangan Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berlangsung kelmarin.



"Tentunya terdapat perbezaan antara lelaki dengan wanita - ia berakar umbi dalam sifat manusia dan fisiologi manusia, dan kita lihat perbezaan ini ditonjolkan dalam hampir setiap ruang kehidupan, bagaimana kita meluahkan emosi kita, bagaimana kita bercakap tentang perasaan kita, kebolehan kita, kecenderungan semula jadi kita.



"Dan perbezaan ini harus diperakui dan diraikan... Tetapi kadangkala perbezaan itu boleh membawa kepada label dan stereotaip yang tidak membantu, lebih-lebih lagi apabila ia ditegaskan lagi oleh media popular dan budaya," kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.



Beliau berkata Singapura perlu terus mempertingkat usaha, tidak kira dari segi pendidikan di sekolah bagi menentang stereotaip, memperbaiki perlindungan bagi wanita daripada keganasan, bahaya dalam talian dan diskriminasi di tempat kerja, mahupun memperbaiki ekosistem dan infrastruktur lebih luas bagi penjagaan warga emas dan penjagaan kanak-kanak.



Majikan juga perlu memainkan peranan untuk menyediakan aturan kerja yang lebih fleksibel supaya kedua-dua wanita dan lelaki boleh mengimbangi tanggungjawab mereka bagi keluarga dan kerja, katanya.



Dalam persidangan tersebut, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, dan Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Cik Carrie Tan, pula telah menyentuh tentang perlunya lebih ramai rakyat Singapura agar tampil untuk meringankan beban penjaga dan dalam hal ini, biasanya ia melibatkan wanita.



Kata mereka, sokongan amat diperlukan untuk membantu 23 pertubuhan yang membantu penjaga pesakit.



Sesetengah pusat penjagaan sedang bergelut untuk merekrut dan mengekalkan sukarelawan yang cukup komited selepas beberapa orang berhenti semasa pandemik Covid-19, kata mereka.



"Secara purata, kumpulan ini mempunyai kurang daripada separuh sukarelawan yang mereka perlukan setiap bulan... Jadi marilah kita meningkatkan untuk memastikan bahawa kesukarelawanan juga mempunyai peluang untuk muncul lebih kuat daripada wabak itu," kata Cik Teo, yang juga Menteri Kedua Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri dan pengerusi Sayap Wanita.




"Tentunya terdapat perbezaan antara lelaki dengan wanita - ia berakar umbi dalam sifat manusia dan fisiologi manusia, dan kita lihat perbezaan ini ditonjolkan dalam hampir setiap ruang kehidupan, bagaimana kita meluahkan emosi kita, bagaimana kita bercakap tentang perasaan kita, kebolehan kita, kecenderungan semula jadi kita. Dan perbezaan ini harus diperakui dan diraikan..."



- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >