Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN KEMENTERIAN SUSULI UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

DPM Wong: Kedudukan fiskal S'pura kini lebih ketat

Perbelanjaan pemerintah tahunan diramal meningkat sekitar 19% atau 20% daripada GDP pada 2026 hingga 2030
Apr 15, 2023 | 05:30 AM



KEDUDUKAN fiskal Singapura kini berada dalam keadaan lebih ketat daripada sebelumnya, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Memandang pada jangka masa sederhana, pemerintah meramalkan perbelanjaan pemerintah tahunan akan meningkat kepada sekitar 19 peratus, atau 20 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bagi tahun kewangan 2026 hingga 2030, serta melebihi 20 peratus, pada tahun kewangan 2030.



Antara faktor yang mendorong perbelanjaan adalah perbelanjaan dalam penjagaan kesihatan dan sosial seperti usaha merangsang pekerja berpendapatan rendah dan memperkukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.



Encik Wong berkata demikian pada Jumaat, semasa menggariskan rancangan kementeriannya dalam adendum (kenyataan tambahan) kepada ucapan Presiden Halimah Yacob semasa pembukaan Parlimen.



Menurut beliau, bagi menutup jurang pendanaan, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengambil langkah untuk memperkukuhkan kedudukan pendapatan semasa Belanjawan 2022 dan Belanjawan 2023 agar perbelanjaan pemerintah dapat diseimbangkan oleh pendapatan keseluruhan bagi tahun-tahun mendatang.



"Menjangkaui apa yang kami sudah ambil kira dalam anggaran kami, pemerintah mungkin perlu berbelanja lebih, contohnya merangsang daya saing ekonomi Singapura, penyertaan sosial dan mobiliti atau daya ketahanan nasional.



"Jika ini berlaku, kami akan memerlukan lebih banyak pendapatan atau peruntukan semula dana yang ada ke bidang keutamaan baru," ujar Encik Wong.



Encik Wong menekankan MOF akan terus memastikan kewangan awam yang kukuh dan stabil untuk Singapura menerusi gabungan mapan pendapatan, penggunaan dan aset.



"Kami akan menegakkan sistem fiskal yang adil dan progresif, yang semua orang menyumbang, tetapi mereka yang lebih mewah akan menyumbang lebih banyak; yang semua akan meraih manfaat daripada perbelanjaan pemerintah dan mereka yang lebih memerlukan akan meraih lebih banyak manfaat."



Encik Wong turut memberi jaminan tenaga kerja dalam sektor awam akan berkembang dengan cara yang berdisiplin, agar ia tidak mengambil terlalu banyak bahagian daripada jumlah pekerja penduduk Singapura dan menjejas sektor awam.



Sementara itu dalam adendum bagi Pejabat Perdana Menteri (Kumpulan Strategi), Encik Wong selaku Menteri bertanggungjawab bagi Kumpulan Strategi, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan agensi pemerintah untuk menyegarkan dan membangunkan respons dasar baru bagi menangani cabaran nasional jangka panjang dan membina Singapura lebih kukuh.



Kementeriannya juga akan menyegarkan keutamaan nasional bagi jangka masa sederhana hingga panjang dan memperkukuhkan keupayaan perancangan masa depan dalam pemerintah.



Dalam pada itu, Menteri Pendidikan merangkap Menteri bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, menggariskan rancangannya dalam adendum berasingan.



Encik Chan menjelaskan pihaknya sedang mengaturkan semula penyampaian perkhidmatan di semua wadah termasuk pusat fizikal, pusat panggilan dan wadah digital yang berpusat kepada rakyat dan bukan hanya tertumpu kepada agensi.



Usaha juga sedang dijalankan untuk menyelaraskan dan mereka semula proses pengawalan menjadikan ia lebih mudah untuk perniagaan.



Bagi memastikan kepimpinan yang mantap untuk menerajui perkhidmatan awam kelas pertama, kementerian itu akan terus melabur dalam membangunkan barisan pemimpin, memastikan adanya kepelbagaian kemahiran dan pengalaman.



"Kami sedang mempelbagaikan pemilihan dan proses penyumberan bagi pemegang biasiswa dan pengambilan pekerja, melebihi bakat tradisional kami," terangnya.




"Menjangkaui apa yang kami sudah ambil kira dalam anggaran kami, pemerintah mungkin perlu berbelanja lebih, contohnya merangsang daya saing ekonomi Singapura, penyertaan sosial dan mobiliti atau daya ketahanan nasional.
Jika ini berlaku, kami akan memerlukan lebih banyak pendapatan atau peruntukan semula dana yang ada ke bidang keutamaan baru."
- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >