Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong lancar usaha ‘Melakar Hala Tuju S'pura’ bagi tetapkan hala tuju negara di masa hadapan

Jun 28, 2022 | 04:24 PM



RAKYAT Singapura kini boleh kehadapan untuk menyumbang idea mereka bagi membantu melakar dan membentuk masa depan Singapura. 



Sumbangan mereka akan menjadi sebahagian daripada pelan ‘Melakar Hala Tuju Singapura’ yang akan dikeluarkan pada pertengahan tahun hadapan yang akan menetapkan kedua-dua cadangan dasar dan bagaimana pelbagai bahagian masyarakat boleh menyumbang dengan lebih baik kepada matlamat bersama negara, berdasarkan nilai rakyat yang bersatu serta masyarakat yang adil dan saksama.



Ketika melancarkannya pada Selasa (28 Jun), Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong berkata beliau berharap daya usaha ini dapat memberi manfaat kepada ramai rakyat Singapura.



Melalui ‘Melakar Hala Tuju Singapura’, kepimpinan 4G akan bekerjasama dengan rakyat Singapura untuk meneroka cara untuk memastikan peluang yang lebih besar untuk semua.



Ketika berucap di hadapan anggota kesatuan pada dialog yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) di bangunan NTUC di Marina One Boulevard, Encik Wong berkata: 



“Saya berharap untuk melihat masyarakat dan sistem yang memberi manfaat kepada ramai, bukan hanya segelintir; yang memberi ganjaran kepada pelbagai jenis bakat, bukan sebilangan kecil konvensional atau yang hanya tertumpu; yang menghargai dan meraikan semua individu tidak kira siapa mereka dan apa yang mereka boleh capai; dan menyediakan mereka dengan peluang untuk melakukan yang lebih baik sepanjang hidup mereka.”



Daya usaha ini akan diketuai oleh Encik Wong sendiri dan akan mempunyai enam tunggak yang diketuai oleh rakan pemimpin generasi keempatnya, dalam bidang seperti pekerjaan, perumahan dan kesihatan.



Pemimpin yang mengetuai tunggak ini akan mendekati rakyat Singapura untuk memahami kebimbangan mereka, mendengar maklum balas mereka, dan menerokai pertukaran yang terlibat dalam pelbagai peralihan dasar.



Dalam proses itu, mereka akan menyemak dan mengemas kini dasar, dan mewujudkan perkongsian baru dengan pihak berkepentingan untuk melaksanakan perubahan.



Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, menambah bahawa adalah penting untuk menyegarkan dan mengemas kini ikatan sosial supaya ia kekal sesuai untuk keadaan yang berubah-ubah.



“Melakar Hala Tuju Singapura akan menjadi usaha utama pasukan 4G. Ia adalah satu latihan yang kami teruja dan berbesar hati untuk memimpin.



“Kami akan membina momentum yang kami perolehi, dan menerapkan pengajaran yang kami pelajari selama ini.



“Saya mempunyai keyakinan bahawa dengan melibatkan diri dan bekerjasama antara satu sama lain, secara terbuka dan ikhlas, kita akan dapat membina Singapura yang lebih baik dan kukuh,” ujarnya lagi. 



Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh lungsuri laman www.forwardsingapore.sg.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >