Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: Peta haluan SG bagi pererat ikatan disemak

Pelawa masyarakat sumbang idea, pandangan bagi tetapkan peta laluan SG untuk dekad mendatang dan selanjutnya
Jun 29, 2022 | 05:30 AM



KOMPAK sosial Singapura akan disemak semula dan disegarkan bagi membentuk masa depan negara ini, yang kini berada di satu persimpangan dalam dunia pasca pandemik, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Ini akan dilakukan menerusi inisiatif peta laluan Melakar Hala Tuju Singapura, yang akan berpusat kepada enam tunggak seperti ekonomi, pekerja dan perumahan serta diterajui oleh para pemimpin generasi keempat (4G).



Encik Wong yang mengetuai usaha itu, mengundang masyarakat Singapura supaya menyumbang idea dan pandangan dalam inisiatif selama setahun itu yang bakal menetapkan peta laluan negara ini bagi dekad mendatang dan selanjutnya.



Hasil sumbangan orang ramai nanti, satu laporan yang membentangkan saranan dasar berkaitan dengan kompak sosial disegarkan dan bagaimana pelbagai lapisan masyarakat dapat menyumbang lebih baik kepada matlamat negara, akan dikeluarkan pada pertengahan tahun depan.



Berkongsi wawasan mengenai inisiatif itu dalam satu acara dialog anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) di Pusat NTUC semalam, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata adalah penting untuk menyegarkan dan mengemas kini kompak sosial agar ia kekal relevan.



"Satu kompak sosial yang dianggap saksama oleh semua lapisan masyarakat memperkukuhkan modal sosial dan memupuk kepercayaan dan ini membolehkan kita untuk maju bersama sebagai sebuah negara.



"Inilah sebabnya sangat penting untuk menyegarkan dan mengemas kini kompak sosial kita agar ia tetap bersesuaian dengan konteks dan keadaan kita yang berubah-ubah," ujar Encik Wong dalam ucaptamanya, yang juga pertama kali sejak beliau menyandang jawatan timbalan perdana menteri awal bulan ini.



Beliau menarik perhatian selama sedekad lalu, terdapat banyak contoh di luar negara yang menunjukkan kompak sosial semakin rapuh dan masyarakat semakin berpecah-belah hingga menyebabkan cabaran untuk mencapai kesepakatan dalam isu nasional yang penting.



Walaupun keadaan di Singapura lebih baik berbanding banyak negara lain, kini negara ini berada di satu persimpangan - diduga dengan cabaran luar negara seperti perang Russia-Ukraine yang menyebabkan inflasi global serta isu dalam negara seperti trend sosial yang mempunyai kesan jangka panjang.



Dalam hal ini, Encik Wong amat memahami keprihatinan masyarakat Singapura. Ini termasuk kebimbangan pekerja dan graduan yang gelisah tentang kerjaya mereka dan khuatir tidak mampu membeli rumah serta pekerja lanjut usia yang sukar mendapat pekerjaan baru setelah diberhentikan kerja.



"Saya tahu ini adalah pergelutan yang benar-benar dihadapi oleh rakyat kita, mungkin lebih ramai yang mengalaminya sekarang berbanding dahulu.



"Saya berharap kita akan dapat mengadakan perbincangan yang jujur mengenai keprihatinan ini dan bagaimana kita dapat menanganinya bersama," jelas beliau.



Encik Wong akur pada akhirnya, dunia serta masyarakat setempat telah berubah dan akan terus berubah, lantas keadaan yang stabil sekarang boleh tergugat dengan mudah pada masa depan.



"Sekiranya kompak sosial kita gagal, sebahagian besar warga Singapura akan merasa terpinggir daripada masyarakat lain, dan percaya sistem di negara ini tidak menyebelahi mereka.



"Kepercayaan terhadap pemerintah dan antara pelbagai segmen masyarakat akan merosot. Politik di Singapura menjadi buruk dan berpecah-belah dan kita akan menjadi sebuah masyarakat yang berkepercayaan rendah, seperti banyak masyarakat di Asia dan Eropah," tekan beliau.



Tambah Encik Wong, jika ini berlaku, Singapura tentunya akan menjadi rapuh.



Dalam ucapannya itu, beliau turut menggariskan empat bidang yang boleh menyaksikan kompak sosial berubah iaitu ekonomi, meritokrasi, sokongan sosial dan perpaduan.



Menyambut baik matlamat inisiatif ini, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata ia sejajar dengan kepentingan pekerja dan usaha NTUC sejauh ini.



"Masyarakat Singapura telah berubah sejak beberapa tahun lalu dan NTUC telah meneliti, dalam isu berkaitan pekerja lanjut usia, pekerja bergaji rendah... dan kini meneliti isu seperti kegelisahan golongan karyawan, pengurus dan eksekutif dan terkini pelancaran pasukan bertindak belia.



"Kami menyambut baik projek ini kerana ia adalah komponen penting demi kejayaan Singapura pada masa depan."



Antara pemimpin 4G yang menerajui inisiatif itu termasuk Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >