Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong sama-sama sertai 'konvoi amal' motosikal

Aug 15, 2022 | 05:30 AM



BERAMAL dengan bermotosikal - itulah yang dilakukan oleh sekitar 79 kumpulan motosikal yang majoritinya dari Singapura tengah hari semalam.



Mereka telah menyertai acara amal sempena menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Keharmonian Kaum yang dianjurkan oleh Kumpulan Riders Aid Singapore.



Acara amal tahunan itu bermula semula tahun ini selepas dihentikan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.



Kumpulan penunggang motosikal dari pelbagai bangsa dan agama itu telah mendaftar penyertaan mereka di tempat meletak kenderaan berat di Tampines sejak 11 pagi semalam sebelum mereka mengumpulkan sumbangan dana untuk Yayasan Barah Kanak-Kanak.



Para peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu kemudiannya menunggang bersama-sama ke Loyang Tua Pek Kong di mana mereka menyampaikan sumbangan itu kepada wakil benefisiari Yayasan Barah Kanak-Kanak dalam satu acara majlis penyampaian.



Tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, turut menghadiri acara itu.



Beliau tiba dengan menunggang motosikal secara konvoi dari Masjid Al-Istighfar dan diberi sambutan meriah setibanya di Loyang Tua Pek Kong.



Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa sudah lebih 20 tahun sejak beliau menunggang motosikal dan beliau amat teruja melihat semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh para peserta yang meluangkan masa mereka bagi inisiatif yang bermakna dan beramal dengan kumpulan motosikal masing-masing.



"Salah satu sebab mengapa kita dapat melalui cabaran Covid-19 sejak dua tahun yang lalu ialah kerana semangat dari semua rakyat Singapura yang seperti anda... datang dan bersama-sama menghulurkan bantuan," ujar Encik Wong sambil mengatakan beliau mula belajar menunggang motosikal semasa menjadi pelajar di Amerika Syarikat, dan sebelum ini memiliki motosikal jenis Suzuki yang digunakannya untuk mengelilingi bandar Madison di Wisconsin.



"Walaupun kita semua mempunyai latar belakang yang berbeza, namun kita dapat bersatu seperti hari ini dan menyumbang kepada sesuatu yang lebih besar daripada diri kita sendiri dengan memberi semula kepada masyarakat... untuk membina Singapura yang lebih baik," tambahnya.



Presiden Riders Aid Singapore, Encik Suriya Kumar, turut berasa gembira kerana dapat memulakan semula usaha amal sedemikian. Sebanyak $30,000 berjaya dikumpulkan bagi acara amal semalam itu, menurutnya.



"Ia amat memberangsangkan melihat bagaimana walaupun sudah dua tahun tidak berkumpul secara besar-besaran untuk melakukan kerja amal bersama, ramai yang masih hadir hari ini (semalam) dengan penuh semangat untuk menyertai dan memberikan sokongan usaha mengumpulkan dana ini," kata beliau.



Bagi Encik Adam Yadi, 63 tahun, beliau dan kumpulannya telah menyertai acara tahunan itu sejak ia dimulakan beberapa tahun yang lalu.



"Saya gemar menyertai acara amal seperti ini kerana saya rasakan ia amat bermakna kerana kami berusaha dan meluangkan masa untuk melakukan kerja-kerja amal bagi membantu golongan yang memerlukan.



"Selain itu, ia juga boleh mengeratkan silaturahim antara semua peserta tanpa mengira bangsa atau agama, " ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >