Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong sampaikan Belanjawan 14 Feb

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan kenyataan Belanjawan tahun ini di Parlimen pada Selasa, 14 Febuari, mulai 3.30 petang.



Kementerian Kewangan (MOF), unit maklum balas pemerintah Reach dan Persatuan Rakyat (PA) dalam satu kenyataan bersama semalam berkata Belanjawan akan disiarkan secara langsung di saluran TV percuma dan media tempatan seperti Channel 5 dan meWATCH.



Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf) juga akan menyediakan tafsiran bahasa isyarat yang boleh didapati di Channel 5.



Kenyataan Belanjawan akan disiarkan di laman web www.singaporebudget.gov.sg selepas ucapan itu, dengan maklumat terkini tentang pengumuman utama bakal diterbitkan di wadah media sosial MOF.



Mereka yang ingin menerima kenyataan penuh melalui e-mel setelah ucapan dibuat boleh mendaftar di laman web MOF selewat-lewatnya jam 9 pagi pada 14 Februari.



Orang ramai boleh suara pendapat tentang Bajet 2023



Kementerian Kewangan (MOF) dan pelbagai agensi termasuk Reach dan PA telah mendekati orang awam sebelum Belanjawan 2023 sejak Disember tahun lalu.



Orang ramai yang ingin mengutarakan pandangan mereka tentang Belanjawan 2023 boleh berbuat demikian melalui laman web Belanjawan Singapura (www.singaporebudget.gov.sg), laman web Reach (www.reach.gov.sg/budget2023) atau Facebook dan Instagram Reach Singapore.



Reach juga akan mengadakan dua sesi perbincangan secara fizikal mengenai Belanjawan - satu dalam bahasa Inggeris pada 17 Februari dan satu dalam bahasa Mandarin pada 20 Februari nanti.



Peserta akan dapat memilih mana-mana topik berkenaan Belanjawan yang ingin dibincangkan.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kewangan), Encik Chee Hong Tat akan menyertai perbincangan itu bersama Pengerusi Reach yang juga Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How pada sesi bahasa Inggeris itu, dan Timbalan Pengerusi Reach yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua bagi sesi bahasa Mandarin.



Di samping itu, Reach akan menganjurkan siri rancangan sembang di radio dan podcast yang menampilkan anggota Panel Penasihat Reach untuk membincangkan keprihatinan mengenai Belanjawan 2023.



Reach juga akan mengumpulkan pandangan masyarakat di kawasan-kawasan Singapura yang mempunyai trafik tinggi.



Butiran lanjut mengenainya boleh didapati di laman mikro Belanjawan 2023 Reach, dan menerusi laman mikro itu juga, orang ramai boleh berkongsi maklum balas mereka.



PA dan pertubuhan akar umbinya akan menganjurkan dialog pasca-Belanjawan untuk mendekati penduduk mengenai langkah Belanjawan 2023. Penduduk yang berminat boleh membuat pendaftaran di https://go.gov.sg/postbudget23 selewat-lewatnya pada 2 petang, 28 Februari ini.



Sambil Singapura bangkit daripada pandemik Covid-19 yang telah menjejas ekonomi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramalan ekonomi dunia yang suram serta kemelesetan ekonomi yang diramalkan pakar terus menjadi keprihatinan besar bagi ramai rakyat tempatan.



Sedar akan kebimbangan orang ramai mengenai isu kos sara hidup, antara usaha pemerintah adalah pengagihan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $300 kepada isi rumah bagi membantu rakyat menangani kesan inflasi dan kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >