Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

DPM Wong sertai majlis berbuka M3 Marsiling-Yew Tee bersama keluarga memerlukan

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI 100 orang di bawah Projek Masyarakat Reben Kuning (YRCP) telah berkumpul pada 5 April untuk berbuka puasa di Kelab Masyarakat Yew Tee.



Dianjurkan oleh M3@Marsiling-Yew Tee, acara "Buka Puasa with Love" atau "Buka Puasa Dengan Kesayangan" itu bertujuan menawarkan platform bagi keluarga berkumpul dan berbuka bersama dalam masyarakat.



Anggota Parlimen Akar Umbi (GRO) GRC Marsiling-Yew Tee turut hadir semasa acara tersebut.



Mereka termasuk Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West, Encik Alex Yam; dan penasihat GRO GRC Marsiling-Yew Tee, Cik Hany Soh.



Selain daripada berbuka puasa, keluarga yang menghadiri majlis tersebut turut menerima habuan makanan dan barangan untuk menyemarakkan lagi suasana Hari Raya.



Antara barangan yang mereka telah menerima termasuk makanan kering seperti beras, makanan tin, kuih-muih Hari Raya dan barangan solat untuk sambutan Ramadan dan juga perayaan Hari Raya.



Mengulas tentang majlis tersebut, Encik Wong berkata: "Kami berharap platform ini dapat memberi jaminan kepada keluarga yang menerima sokongan menyeluruh bahawa pemerintah, serta M3 dan rakan kongsinya akan terus menyediakan bantuan, lebih-lebih lagi dalam tempoh Ramadan ini."



Berpeluang berbuka bersama keluarga-keluarga ini, Encik Yam berkata beliau melahirkan perasaan gembira.



"Ramadan adalah masa muhasabah dan masa kebersamaan. Saya berbesar hati masyarakat M3 kami, bersama rakan kongsi kami, telah menganjurkan buka puasa yang bermakna ini bersama keluarga individu yang dipenjarakan, untuk memberi mereka sokongan dan penjagaan," jelasnya.



Ini adalah kali kedua M3@Marsiling-Yew Tee menganjurkan sesi untuk keluarga YRCP sepanjang Ramadan.



Ia adalah sebahagian daripada usaha jawatankuasa tersebut untuk mengembangkan sokongannya kepada keluarga individu yang dipenjara.



Acara tersebut juga disokong oleh rakan kongsi masyarakat yang lain seperti Masjid Al-Khair, Tadika Iman dan Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim (IMSSA).




"Kami berharap platform ini dapat memberi jaminan kepada keluarga yang menerima sokongan menyeluruh bahawa pemerintah, serta M3 dan rakan kongsinya akan terus menyediakan bantuan, lebih-lebih lagi dalam tempoh Ramadan ini."



- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >