Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: S'pura perlu konsisten dalam imbangan hubungan AS, China

May 19, 2023 | 05:30 AM



BEIJING: Adalah sukar bagi Amerika Syarikat dan China untuk memulihkan hubungan mereka seperti sebelumnya, dan cara terbaik bagi Singapura melayari era baru persaingan antara kuasa besar ini adalah dengan terus bertindak secara munasabah dan dengan berprinsip, selaras dengan kepentingan nasional," kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Kededua kuasa besar itu diharap dapat membentuk dasar baru bagi hubungan dua hala dan dapat mencegah salah faham, menguruskan perbezaan dan mengelakkan konflik. Untuk itu, mereka perlu ada komunikasi terbuka.



Encik Wong ketika menggulung lawatan lima harinya ke China dalam pertemuan dengan media Singapura, telah ditanya sekiranya negara pulau ini boleh menyelaraskan persefahaman di sebalik ketidakpercayaan yang mendalam antara China dengan Amerika.



"Kami fikir adalah baik sekurang-kurangnya proses dialog telah bermula antara Wang Yi dengan Jake Sullivan baru-baru ini. Dan kami harap ia akan berterusan di semua peringkat agar kededua China dan Amerika dapat mencari jalan untuk menghuraikan perbezaan mereka dan saling hidup aman antara satu sama lain, dan kemudian membina semula kepercayaan yang perlu bagi kededuanya untuk menguruskan perbezaan mereka dan pada masa yang sama mencari ruang bersama di mana mereka boleh bekerjasama," kata Encik Wong pada Rabu.



Encik Wang, yang merupakan diplomat tertinggi China dan Encik Sullivan yang merupakan penasihat Keselamatan Nasional Amerika, bertemu dalam apa yang disifatkan sebagai terbuka dan dengan perbincangan yang membina di Vienna minggu lalu.



Ini merupakan perbincangan tahap tertinggi sejak hubungan mereka terjejas teruk menyusuli belon risikan China ditembak jatuh Amerika.



Singapura, kata Encik Wong, tidak boleh menyokong dasar mana-mana negara itu.



"Tapi apa kami sasarkan adalah kekal sebagai sahabat dengan kededuanya selagi boleh. Dan sekiranya salah satu pihak ingin dapatkan pandangan kami, kami gembira untuk berkongsi dengan mereka pandangan kami secara terbuka dan objektif," katanya.



Apa yang lebih penting buat Singapura, katanya, adalah mengekalkan kedudukan yang konsisten dan boleh dipercayai dengan dibimbing kepentingan nasional.



"Dan sekiranya kami ingin terus lakukannya, semua sahabat kami atau pihak luar saban masa... mula ketahui akan apa yang dipegang Singapura, apa yang kami wakili dan mereka akan lihat Singapura selaku rakan yang boleh diharap dan dipercayai," tambahnya.



Encik Wong berkata topik tentang persaingan antara Amerika dengan China timbul semasa perbincangannya dengan para pemimpin China semasa lawatan itu, dan "saya percaya kededua pihak enggan ada konfrontasi".



Lawatan Encik Wong itu yang pertama ke China selepas beliau dikenal pasti selaku bakal perdana menteri Singapura setahun lalu. Lawatan tersebut penting dalam membina hubungan dengan Beijing dan terutamanya dengan para pemimpin China yang baru.



Lawatan terakhirnya adalah pada 2018 apabila beliau menemani Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan ketika itu beliau selaku menteri pembangunan negara.



Kali ini, beliau memimpin satu delegasi rakan generasi keempatnya: Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; dan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.




"Kami fikir adalah baik sekurang-kurangnya proses dialog telah bermula antara Wang Yi dengan Jake Sullivan baru-baru ini. Dan kami harap ia akan berterusan di semua peringkat agar kededua China dan Amerika dapat mencari jalan untuk menghuraikan perbezaan mereka dan saling hidup aman antara satu sama lain, dan kemudian membina semula kepercayaan yang perlu bagi kededuanya untuk menguruskan perbezaan mereka dan pada masa yang sama mencari ruang bersama di mana mereka boleh bekerjasama."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >