Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: S'pura tidak boleh ambil mudah sumber air bersih

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



AIR yang bersih adalah sumber berharga dan Singapura tidak mampu mengambil mudah sumber yang dimilikinya, sedang dunia berdepan dengan krisis air, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Beliau berkata demikian di acara khas di Bendungan Marina pada 18 Mac, bagi menyambut Hari Air Sedunia Singapura (SWWD).



Turut hadir di acara yang dianjurkan oleh agensi air negara, PUB, ialah Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, dan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.



Encik Wong berkata berbilion orang di seluruh dunia bergelut untuk mendapatkan bekalan air yang mencukupi, termasuk ratusan juta di Asia yang masih tidak mempunyai bekalan air bersih dan selamat untuk diminum.



Menambah, Encik Wong berkata masalah itu berkemungkinan menjadi lebih genting, dengan pakar meramalkan permintaan bagi air melebihi bekalan sebanyak 40 peratus di akhir dekad ini, disebabkan salah pengurusan dan penggunaan keterlaluan.



"Ini tidak ketara kepada kita di Singapura kerana kita mempunyai bekalan air yang baik dan kita adalah negara kecil. Di sekeliling kita, air boleh dilihat di mana-mana. Justeru, kita berkata - Betulkah ada krisis di dunia? Banyak betul air! Mengapa anda berkata kita ada masalah?" kata Encik Wong.



Justeru, Encik Wong berkata SWWD adalah peluang baik untuk mengingatkan kita tentang air sebagai sumber yang berharga dan supaya tidak mengambil mudah akan sumber ini.



Menurut Encik Wong, walaupun Singapura berada dalam keadaan lebih baik berhubung bekalan air berbanding beberapa dekad lalu, kita harus berusaha lebih giat untuk memenuhi permintaan pada masa depan.



Permintaan air di Singapura dianggarkan berganda dalam tempoh 30 tahun akan datang, disebabkan jumlah penduduk yang bertambah dan keperluan ekonomi, kata Encik Wong.



Ujar beliau, perubahan iklim pula menjadikan cuaca lebih tidak menentu dan sukar diramalkan di serata dunia dan ini akan menjejas Singapura.



Justeru, Encik Wong berkata Singapura harus terus merancang bagi masa depan, membangun prasarana yang diperlukan dan melabur dalam teknologi baru untuk mengadakan bekalan air yang mampan.



Encik Wong juga menceritakan apa yang diberitahu kepadanya oleh ibunya tentang hidup di Singapura pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an.



Semasa kemarau pada 1963, air dicatu selama 10 bulan dan bekalan air ada kala dipotong selama setengah hari, sehingga tiga kali seminggu.



Ini mendorong pemerintah menetapkan harga air sewajarnya, untuk mengurangkan penggunaan berlebihan dan mengadakan insentif yang betul untuk membangun sumber air tambahan.



Buat masa ini, Singapura mempunyai empat sumber air iaitu air yang di takung, air yang diimport, AirBaru dan air sulingan.



"Saya menggalakkan kita semua terus menjimatkan air dan hanya menggunakan apa yang diperlukan," kata Encik Wong, yang menekankan isu air harus dihuraikan oleh semua pihak dan bukan PUB sahaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >