Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: Sukarelawan perlu dihargai, pengurusan diperkukuh

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



PENGURUSAN sukarelawan (VM) perlu diperkukuhkan lagi agar para sukarelawan rasa dihargai dan mereka dapat merasakan bahawa sumbangan mereka membentuk sebahagian daripada matlamat lebih besar.



Demikian dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa berucap dalam Sidang Pengurusan Sukarelawan Singapura 2023 pada Selasa.



Sidang tersebut, yang dianjurkan oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) di Teater Seni Persembahan SIM, diadakan buat julung-julung kalinya bagi berkongsi trend dan amalan baru, dalam pengurusan sukarelawan dan cara pelibatan yang berkesan.



Encik Wong berkata: "Untuk mengembangkan dan mengekalkan kesukarelawanan, kita juga perlu tingkatkan cara kita libatkan dan kekalkan sukarelawan kita.



"Ia bermakna pertubuhan masyarakat, pertubuhan bukan meraih untung, yang mana ia menjadi wadah bagi ramai sukarelawan, perlu libatkan sukarelawan secara kerap supaya mereka rasa dihargai dan diiktiraf."



Beliau juga menambah ia juga penting bagi membuat pelaburan dalam pembangunan dan perkembangan sukarelawan untuk "membantu mereka lihat bagaimana sumbangan mereka membentuk sebahagian daripada tujuan yang lebih besar".



Oleh demikian, jika pengurusan sukarelawan dilaksanakan dengan betul, Encik Wong berkata ia dapat memberi impak besar kepada skala dan keberkesanan usaha masyarakat dan sosial.



Hal sedemikian sejajar dengan hasil Tinjauan Sektor Perkhidmatan Sosial NCSS pada 2022.



Tinjuan tersebut mendapati bahawa agensi perkhidmatan sosial (SSA) dengan amalan pengurusan sukarelawan mempunyai kemungkinan dua kali ganda lebih tinggi untuk kekalkan sukarelawan bermutu, bagi memenuhi keperluan organisasi berbanding SSA yang tidak mengamalkan pengurusan sukarelawan.



Tinjauan tersebut turut mendapati bahawa 70 peratus daripada 217 SSA yang ditinjau, bersetuju dengan adanya pengurus sukarelawan yang khusus, ia menambah nilai pengalaman sukarelawan.



"Pelaburan dalam pengurusan sukarelawan nampak seperti sebuah kos bagi kebanyakan pertubuhan bukan meraih untung, dan badan-badan ini sedang berhadapan dengan pelbagai kos.



"Tetapi sebenarnya, ia merupakan pelaburan yang akan memberi manfaat kepada organisasi dalam jangka waktu yang lebih panjang," ujar Encik Wong.



Presiden NCSS, Cik Anita Fam, semasa ucapan alu-aluannya memberi contoh mengenai pertubuhan Perkhidmatan Komuniti HCSA, yang mana dengan mempunyai pengurus sukarelawan yang khusus, ia menyaksikan peningkatan sebanyak 96 peratus bagi jumlah sukarelawan pada 2022 berbanding 2020.



Ini di samping pengembangan kapasiti untuk memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pengguna.



Menurut beliau, dengan membina kemampuan pengurusan sukarelawan pertubuhan-pertubuhan sedemikian, ia "bukan saja dapat tingkatkan hasil kesukarelawanan pertubuhan, malah dapat menambah nilai pengalaman untuk sukarelawan".



Dalam pada itu, Encik Wong turut berkongsi bahawa kadar kesukarelawanan di Singapura kini menurun kepada 22 peratus, berbanding 35 peratus pada 2016.



Beliau berkata kadar itu adalah dua kali ganda kurang daripada kadar yang dicatatkan 20 tahun lalu, tetapi "terdapat ruang untuk kita lakukan lebih baik".



Sidang itu disertai lebih 1,600 peserta dan turut dihadiri Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin.




"Untuk mengembangkan dan mengekalkan kesukarelawanan, kita juga perlu tingkatkan cara kita libatkan dan kekalkan sukarelawan kita.

Ia bermakna pertubuhan masyarakat, pertubuhan bukan untung, yang mana ia menjadi wadah bagi ramai sukarelawan, perlu libatkan sukarelawan secara kerap supaya mereka rasa dihargai dan diiktiraf."

- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >