Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPPMS anggap Belanjawan Berdaya Tahan “meluas dan memberi kelegaan kepada SME”

Mar 26, 2020 | 09:43 PM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) menyambut baik Belanjawan Berdaya Tahan yang dianggap meluas dan memberikan kelegaan bagi syarikat kecil dan sederhana (SME).


Badan induk niaga Melayu/Islam itu juga gembira dengan penekanan terhadap peningkatan dan peluasan Skim Sokongan Pekerjaan bagi membolehkan perniagaan menyelamatkan pekerjaan dan menyokong pekerja.


“Belanjawan Berdaya Tahan itu merupakan pakej rangsangan yang tiada tandingan yang perlu dalam menangani kesan yang tidak pernah dilalui akibat Covid-19 terhadap ekonomi sedunia.


“Pakej yang menyeluruh dan meluas itu akan memberi kelegaan kepada SME, terutama sektor pelancongan, makanan dan minuman (F&B) dan perkhidmatan yang merupakan sektor yang banyak disertai anggota kami,’’ kata Presiden DPPMS, Encik Farid Khan, dalam kenyataan DPPMS pada Khamis (26 Mac).


Langkah-langkah seperti rebat cukai hartanah, pelepasan sewa, penundaan cukai korporat amat perlu memandangkan aliran tunai dan permintaan merosot.


Skim Sokongan Pekerjaan yang dilanjutkan dialu-alukan di samping bantuan gaji diumumkan terutama bagi pelancongan, F&B dan perkhidmatan.


Mengulas, Pengarah Hamidah Travel and Tours, Encik Baddruzaman Abdul Majid, berkata: “Ia merupakan pengumuman yang bertepatan masa yang dinantikan ejen pelancongan. Bagi kebanyakan ejen pelancongan, perniagaan kami terjejas teruk dan langkah itu akan membantu kami dalam beberapa bulan mendatang bagi mengekalkan perniagaan kami.’’


Sentimen ini turut dikongsi pemilik Landmark Group, Encik Ali Abbas, yang menyatakan skim pekerja itu akan membantu melatih pekerja.


Namun cabaran masih ada, tambahnya, termasuk menarik pelanggan ke restoran serta mengalihkan rebat daripada pemilik kedai kepada penyewa.


“Para anggota harus bersedia menyesuaikan diri terhadap norma perniagaan baru dan memanfaatkan peningkatan skim-skim bagi merombak dan mempersiapkan perniagaan mereka bagi masa hadapan,’’ kata Timbalan Presiden DPPMS dan Pengerusi Pusat SME@DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor.


Walaupun cabaran masih wujud, ciri Belanjawan yang menyeluruh itu memberi keyakinan bagi Dewan dan masyarakat peniaga untuk mengharunginya.


Encik Farid akur dengan cabaran besar yang dihadapi anggota Dewan dan menggalak mereka “bersatu dan prihatin terhadap satu sama lain dalam mereka mengharungi cabaran ini”.


“Masyarakat peniaga harus memanfaatkan belanjawan itu sebagai mangkin untuk menjadi lebih baik, kukuh dan mempunyai tenaga buruh lebih berkemahiran,’’ tambah Encik Farid.


Turut menyokong Belanjawan Tambahan itu, Pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Teo Siong Seng, berkata cabaran yang belum pernah disaksikan itu memerlukan langkah luar biasa dan badan induk niaga itu menyambut baik langkah pemerintah mendapatkan dana daripada rizab negara.


“Masyarakat peniaga amat gembira pemerintah memberi respons pantas dan menyeluruh kepada maklum balas yang kami berikan. Belanjawan yang besar ini akan memberi sokongan bagi syarikat yang hampir runtuh dan memberi keyakinan kepada pekerja dan melatih mereka sebagai persediaan apabila keadaan pulih,’’ kata Encik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >