DPPMS: Bajet tambahan hulur bantuan tepat pada masa, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SUSULAN BELANJAWAN KECEKALAN

DPPMS: Bajet tambahan hulur bantuan tepat pada masa

Dewan turut gesa anggota bersikap inovatif, cermat guna sokongan pemerintah
May 28, 2020 | 05:30 AM

DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) menyambut baik lanjutan skim sokongan pekerjaan (JSS) selama sebulan lagi bagi semua syarikat.

Ini setelah banyak syarikat melahirkan kerisauan tentang kemampanan perniagaan mereka setelah sokongan awal yang diberikan bakal berakhir hujung bulan ini.

Diumumkan kelmarin oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa ucapan Belanjawan Kecekalan, bayaran JSS kini akan diberikan untuk 10 bulan, dengan firma bakal menerima sokongan tambahan tersebut pada Oktober.

DPPMS berkata ia mengalu-alukan sokongan kuat yang dihulurkan pemerintah kepada perniagaan di sini, termasuk lanjutan JSS tersebut.

Menyifatkan sokongan yang telah dilakarkan dalam Belanjawan Kecekalan itu sebagai "tepat pada waktunya", badan tersebut berkata:

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Dalam perbincangan dengan anggota DPPMS, ramai yang menyuarakan kerisauan tentang kemampanan perniagaan mereka setelah sokongan awal yang diberikan bakal berakhir setelah Mei 2020.

"Ini terutama bagi perniagaan yang belum diizinkan buka semula setelah tamat tempoh pemutus litar."

Oleh yang demikian, bantuan yang disasarkan yang akan diberikan kepada industri yang belum dapat beroperasi sepenuhnya dalam jangka pendek hingga pertengahan akan sangat membantu, tambahnya.

Misalnya, perniagaan seperti kedai runcit, jimnasium dan pawagam yang tidak boleh segera meneruskan operasi setelah tempoh pemutus litar berakhir pada 1 Jun, akan terus menerima sokongan gaji 75 peratus sehingga Ogos atau sehingga mereka dibolehkan untuk dibuka semula.

"Masih ada perniagaan di kalangan anggota kami yang akan memerlukan sokongan tambahan setelah tempoh pemutus litar.

"Oleh yang demikian, lanjutan JSS sangat penting dalam memastikan kemampanan berterusan perniagaan-perniagaan ini," ujar Presiden DPPMS, Encik Farid Khan.

Beliau turut menggesa semua anggota DPPMS agar terus bersikap "inovatif dan cermat" dalam menggunakan sokongan yang telah diberikan untuk memastikan perniagaan dapat diteruskan dan pekerja boleh kekal bekerja.

Meski menghargai peningkatan tempoh pengecualian sewa bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Kecekalan, DPPMS berkata langkah-langkah sedemikian patut disemak dari masa ke masa.

Ini bagi memastikan bahawa SME benar-benar meraih manfaat daripada peningkatan pengecualian tersebut.

"Sekiranya perlu, peningkatan lebih lanjut harus dipertimbangkan untuk membantu perniagaan dalam meringankan kos overhed," tekan DPPMS.

Pada masa yang sama, Encik Farid menggalakkan anggota DPPMS menggunakan waktu mencabar ini untuk menyesuaikan diri sambil mengubah model perniagaan mereka sesuai dengan norma baru.


"Dalam perbincangan dengan anggota DPPMS, ramai yang menyuarakan kerisauan tentang kemampanan perniagaan mereka setelah sokongan awal yang diberikan bakal berakhir setelah Mei 2020. Ini terutama bagi perniagaan yang belum diizinkan buka semula setelah tamat tempoh pemutus litar. Oleh yang demikian, bantuan yang disasarkan yang akan diberikan kepada industri yang belum dapat beroperasi sepenuhnya dalam jangka pendek hingga pertengahan akan sangat membantu."
- Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map