Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPPMS gesa syarikat penganjur acara patuh langkah selamat

Badan terima maklum balas ada yang langgar peraturan
Nov 30, 2020 | 05:30 AM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) mengeluarkan peringatan bagi semua syarikat penganjur acara dan khidmat perkahwinan untuk terus mematuhi Langkah Pengurusan Keselamatan (SMM) dalam tempoh pandemik Covid-19 kini.



Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas ia menerima beberapa maklum balas berkaitan perniagaan yang melanggar peraturan tersebut.



Ini termasuk dengan mengadakan katering secara buffet serta jumlah tetamu yang melebihi had yang telah ditetapkan untuk majlis perkahwinan, kata Naib Presiden DPPMS Encik Abu Bakar Mohd Nor.



"Ini akan hanya menjejas usaha yang telah dilakukan semua dalam tempoh beberapa bulan lalu dan boleh menyebabkan keputusan untuk terus membuka (ekonomi) dengan lebih lanjut tergendala.



"Ia juga boleh menyebabkan kekeliruan dalam pasaran, dan menjejas perniagaan lain yang mematuhi peraturan tersebut," kata Encik Abu Bakar.



Beliau menambah tempoh pandemik ini memang sukar bagi ramai yang perlu menyesuaikan diri dan perniagaan mereka berdasarkan norma baru.



"Kami ingin mengingatkan semua anggota kami untuk terus mematuhi Langkah Pengurusan Keselamatan dalam pengurusan acara.



"Jika anda tidak pasti cara untuk menguatkuasakan langkah-langkah tersebut dalam perniagaan, DPPMS sedia membantu.



"Kami meminta bantuan semua untuk bekerjasama demi meraih manfaat bersama bagi perniagaan dan masyarakat.



"Bersama, kita mampu menghadapi cabaran di masa depan," ujarnya.



Menurut Encik Abu Bakar, peringatan itu terutama sekali ditujukan kepada syarikat yang menganjurkan majlis perkahwinan di lokasi-lokasi selain kolong blok.



Buat masa kini, majlis perkahwinan boleh antara lain melibatkan hingga 100 peserta, termasuk pasangan mempelai, yang dibahagikan kepada kumpulan hingga 50 orang setiap satu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).



Bufet layan sendiri dan katering secara bufet tidak dibolehkan.



Langkah berjaga-jaga lain yang ditetapkan termasuk pengambilan suhu badan dan pendaftaran masuk menggunakan SafeEntry.



Jika Singapura memasuki Fasa Tiga pembukaan semula ekonomi, peserta acara seperti majlis perkahwinan akan ditambah.



Langkah keselamatan tambahan bagaimanapun akan dilaksanakan, seperti menghendaki tetamu majlis perkahwinan menjalani ujian Covid-19 sebelum memasuki dewan resepsi.



Pemilik Charisma Bridal and Catering, Cik Salwah Baharudin, berkata salah satu langkah yang diambil untuk memastikan jumlah tetamu yang hadir menepati jumlah yang ditetapkan adalah untuk meminta senarai tetamu daripada mereka yang ingin mengadakan majlis.



Selain itu, semua tetamu perlu tiba pada masa-masa tertentu yang telah diperuntukkan untuk mereka.



"Saya nasihatkan semua yang mengadakan majlis, tetamu dan juga penganjur acara untuk membaca peraturan dan syarat-syarat yang tertera. Ini penting untuk mengelakkan dari sebarang salah faham dan perasaan tidak puas hati," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >