Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPPMS kerja rapat dengan pihak relevan tinjau sambung perjalanan ke Timur Tengah

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) sedang bekerja rapat dengan pihak berkepentingan yang relevan tentang kemungkinan membenarkan perjalanan ke Timur Tengah.



Berkata demikian kepada Berita Harian semalam, Presiden DPPMS, Encik Farid Khan, berkata:



"Bagaimanapun, keselamatan penumpang dan masyarakat adalah paling penting dan ini akan menjadi pertimbangan utama dalam sebarang usulan yang dibuat."



Tambahnya, mereka akan berkongsi maklumat lanjut kemudian.



Encik Farid berkata demikian menyusuli langkah syarikat Shahidah Travel menawarkan semula pakej umrah bagi jemaah setempat.



Shahidah Travel kini terus menjadi satu-satunya agensi di sini yang menawarkan pakej umrah bagi tempahan tahun ini.



Agensi tersebut mula mengiklankan 'pakej cadangan' itu baru-baru ini, dengan 13 keberangkatan umrah kesemuanya mulai 6 Oktober.



Setiap pakej sepanjang 11 hari, dengan pakej bagi Oktober bermula daripada $5,255 seorang bagi bilik dua orang manakala pakej bagi perjalanan pada hujung Disember bermula daripada $6,065 seorang bagi bilik dua orang.



Pengarah urusan Shahidah Travel, Encik Ayoob Angullia, berkata beliau yakin kebanyakan orang di sini sudah mendapatkan vaksinasi Covid-19 menjelang suku ketiga tahun ini, dengan program vaksinasi nasional yang sedang berjalan lancar.



Oleh itu, syarikatnya telah membuat perancangan menawarkan pakej umrah dengan keberangkatan pada suku keempat, iaitu mulai Oktober.



"Rancangan kami sejajar dengan hala tuju pemerintah dan program vaksinasi nasional.



"Dan kami terdorong oleh perkembangan terkini seperti langkah Singapura merancang membuka semula sempadan menjelang hujung tahun ini dan Saudi yang akan membuka semula sempadannya mulai Mei," ujar Encik Ayoob yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Shahidah Group of Companies.



Tambahnya, beliau juga gembira pakej yang diiklankan syarikatnya mendapat sambutan baik, dengan lebih 300 jemaah sudah membuat tempahan sejauh ini.



"Kami memberi jemaah pilihan sama ada hendak membayar pendahuluan atau tidak dan jika tidak, mereka hanya perlu mendaftar nama mereka sahaja.



"Sementara itu, kami sedang dalam proses berbincang dengan pelbagai pihak dan agensi serta syarikat penerbangan untuk memastikan perjalanan yang lancar buat jemaah apabila tiba masanya nanti," ujar Encik Ayoob.



Sementara itu, tinjauan Berita Harian dengan beberapa agensi lain yang menguruskan pakej umrah menunjukkan mereka belum menawarkan sebarang pakej bagi tahun ini.



Antaranya termasuk Jalaluddin Travel & Services yang sedang menanti dan mengambil langkah berhati-hati.



Ketika diminta mengulas, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata pandangan mereka berhubung isu ini tetap sama sambil merujuk kepada kenyataan yang telah mereka keluarkan sebelum ini.



Dalam kenyataan tersebut, Muis menyatakan mereka berkongsi komitmen Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) untuk melindungi bakal jemaah dan masyarakat lain secara am daripada risiko dijangkiti.



"Pendekatan Amtas juga selaras dengan garis pandu nasional yang ada sekarang berkenaan perjalanan ke luar negara.



"Muis akan terus bekerja rapat dengan Amtas dan pihak berkuasa pemerintah lain untuk terus memantau keadaan dan menilai sama ada ia selamat dan sesuai bagi umrah disambung semula," kata Ketua Perkhidmatan Haji Muis, Encik Mohamed Faizal Abdul Hathi.




"Bagaimanapun, keselamatan penumpang dan masyarakat adalah paling penting dan ini akan menjadi pertimbangan utama dalam sebarang usulan yang dibuat."
- Presiden DPPMS, Encik Farid Khan.



"Keadaan jangkitan Covid-19 di Arab Saudi sudah semakin rendah. Ini adalah satu trend yang baik dan harapan kami semua ialah industri umrah boleh bergerak semula sebelum akhir tahun ini."
- Timbalan Presiden Amtas, Ustaz Jalaluddin Hassan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >