Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPPMS lancar 2 inisiatif baru bagi dorong pertumbuhan perniagaan Melayu/Islam di S'pura

Aug 02, 2021 | 02:51 PM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah melancarkan dua inisiatif baru untuk mendorong pertumbuhan perniagaan di kalangan masyarakat Melayu/Islam setempat, iaitu program Executive–In–Residence (EIR) dan Dana Peniaga Pintar (PPF).


Dua inisiatif itu, yang dilancarkan dalam suku kedua tahun ini, bertujuan melengkapi perniagaan dengan pengetahuan, kemahiran dan amalan masa depan walaupun dalam keadaan pandemik kini.


Dalam kenyataannya pada Isnin (2 Ogos), Dewan berkata program EIR dilakarkan untuk syarikat kecil dan sederhana (SME) dan perniagaan yang sedang mencari peluang dalam pasaran baru.


Pasaran itu termasuk industri halal dan pengantarabangsaan, yang menurut Dewan adalah industri penting yang menawarkan peluang besar bagi perniagaan teroka dan kembangkan perniagaan mereka dengan pesat.


Peserta dalam program itu akan menerima sesi konsultasi eksklusif dengan karyawan berkelayakan dalam kedua-dua industri itu.


Program EIR dibahagi kepada dua segmen iaitu Grow Global bagi bagi membantu syarikat melakukan pengantarabangsaan dan Grow Halal bagi perniagaan yang mahu mendapatkan bantuan  membuat perluasan ke dalam industri halal.


Peserta boleh memilih daripada dua pakej dalam segmen Grow Global dan Grow Halal iaitu Accelerate atau Scale-Up.


Accelerate adalah untuk perniagaan yang mempunyai strategi dan haluan jelas dalam memperdalamkan pendedahan mereka dalam pasaranan tertentu.


Scale-Up pula adalah untuk perniagaan yang baru meningkatkan atau mewujudkan kehadiran mereka dalam industri tertentu dan memerlukan khidmat bantuan penuh.


Program EIR bermula pada $500 bagi pakej Accelerate dan $1,000 bagi pakej Scale-Up.


Sementara itu, PPF sebanyak $300,000 diperkenalkan untuk memberi sokongan kepada perniagaan yang terjejas oleh Covid-19, sambil mengutamakan pertumbuhan perniagaan.


Ahli akan dapat menggunakan dana itu untuk membiayai yuran kursus yang disahkan DPPMS yang mereka ikuti.


Mereka juga dapat menggunakan dana itu bagi program di mana mereka dapat bekerjasama dengan konsultan yang dilantik DPPMS.


Dewan berkata PPF menyasarkan dua jenis SME yang terjejas iaitu SME yang menghadapi isu asas dalam menguruskan kos disebabkan oleh pembukaan semula ekonomi yang bertahap, dan SME yang mempunyai perniagaan stabil tetapi sedang mencari peluang pertumbuhan.


Dana yang boleh diterima antara $300 dengan $2,500 dan bergantung kepada tempoh keanggotaan ahli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >