Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPPMS lancar 2 inisiatif dorong pertumbuhan niaga masyarakat Melayu/Islam

Bertujuan lengkapi niaga dengan pengetahuan, kemahiran dan amalan masa depan di tengah pandemik
Aug 03, 2021 | 05:30 AM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah melancarkan dua inisiatif baru untuk mendorong pertumbuhan perniagaan dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam setempat, iaitu program Eksekutif Tempatan (EIR) dan Dana Peniaga Pintar (PPF).



Dua inisiatif itu, yang dilancarkan dalam suku kedua tahun ini, bertujuan melengkapi perniagaan dengan pengetahuan, kemahiran dan amalan masa depan walaupun dalam keadaan pandemik kini.



Dalam kenyataannya semalam, Dewan berkata program EIR dilakarkan untuk syarikat kecil dan sederhana (SME) dan perniagaan yang sedang mencari peluang dalam pasaran baru.



Pasaran itu termasuk industri halal dan pengantarabangsaan, yang menurut Dewan adalah industri penting yang menawarkan peluang besar bagi perniagaan teroka dan kembangkan perniagaan mereka dengan pesat.



Peserta dalam program itu akan menerima sesi konsultasi eksklusif dengan karyawan berkelayakan dalam kedua-dua industri itu.



Program EIR dibahagi kepada dua segmen iaitu Perluasan Global bagi membantu syarikat melakukan pengantarabangsaan dan Perluasan Halal bagi perniagaan yang mahu mendapatkan bantuan membuat perluasan ke dalam industri halal.



Sepanjang program itu, konsultan akan memberi bimbingan dan sokongan kepada perniagaan yang mahu mewujudkan kehadiran mereka dalam pasaran tertentu.



Mereka juga akan memberi pandangan tentang bidang yang boleh diperbaiki serta strategi pelaksanaan sambil menyelaraskan dan menyepadukan usaha dalam membangunkan hubungan dengan pihak berkepentingan utama, rakan kongsi antarabangsa dan agensi lain yang akan dapat mempersiapkan perniagaan itu dengan lebih baik bagi perluasan.



Peserta boleh memilih daripada dua pakej dalam segmen Perluasan Global dan Perluasan Halal iaitu Pencepatan (Accelerate) atau Peningkatan (Scale-Up).



Pencepatan adalah untuk perniagaan yang mempunyai strategi dan haluan jelas dalam memperdalamkan pendedahan mereka dalam pasaran tertentu.



Peningkatan pula adalah untuk perniagaan yang baru meningkatkan atau mewujudkan kehadiran mereka dalam industri tertentu dan memerlukan khidmat bantuan penuh.



Program EIR bermula pada $500 bagi pakej Pencepatan dan $1,000 bagi pakej Peningkatan.



Sementara itu, PPF diperkenalkan untuk memberi sokongan kepada perniagaan yang terjejas oleh Covid-19, sambil mengutamakan pertumbuhan perniagaan.



Diperkenalkan sebagai inisiatif pendanaan bagi membantu ahli Dewan, PPF dibentuk dengan saiz pendanaan $300,000 dengan sokongan Enterprise Singapore (ESG) menerusi program Mempertingkat Daya Tahan Perusahaan SG Together (Steer).



Dana itu membolehkan ahli menggunakan sumber yang ada untuk meningkatkan kemahiran dan membangunkan keupayaan dalam perniagaan mereka dengan aspirasi menjadi "Peniaga Pintar".



Ahli akan dapat menggunakan dana itu untuk membiayai yuran kursus yang disahkan DPPMS yang mereka ikuti.



Mereka juga dapat menggunakan dana itu bagi program di mana mereka dapat bekerjasama dengan konsultan yang dilantik DPPMS.



Dewan berkata PPF menyasarkan dua jenis SME yang terjejas iaitu SME yang menghadapi isu asas dalam menguruskan kos disebabkan oleh pembukaan semula ekonomi yang bertahap, dan SME yang mempunyai perniagaan stabil tetapi sedang mencari peluang pertumbuhan.



Dana yang boleh diterima antara $300 dengan $2,500 dan bergantung kepada tempoh keanggotaan ahli.



"Walaupun dengan cabaran yang dihadapi ekonomi dalam tempoh satu tahun yang lalu, adalah penting untuk perniagaan terus berusaha secara berterusan bagi pertumbuhan.



"Dengan daya tahan yang konsisten, perniagaan dapat menetapkan kelebihan saing dalam industri yang secara ketara mengurangkan kemungkinan mereka tertinggal di belakang, lebih mempersiapkan mereka untuk ekonomi masa depan.



"Oleh itu, perniagaan harus mengenali laluan dan peluang ini sebagai cara untuk mengembangkan dan juga membangunkan set kemahiran baru sedang mereka membawa perniagaan mereka ke langkah seterusnya," kata Presiden DPMMS, Encik Farid Khan.




DUA INISIATIF BARU DPPMS BANTU PERNIAGAAN



EKSEKUTIF TEMPATAN (EIR)



  • Untuk SME dan perniagaan yang sedang cari peluang dalam pasaran baru termasuk industri halal dan pengantarabangsaan

  • Peserta akan terima sesi konsultasi eksklusif dengan karyawan berkelayakan dalam kedua-dua industri

  • Terbahagi kepada dua segmen:

1) PERLUASAN GLOBAL bagi bantu syarikat lakukan pengantarabangsaan



2) PERLUASAN HALAL bagi perniagaan yang mahu dapatkan bantuan buat perluasan dalam industri halal



  • Peserta boleh pilih daripada dua pakej dalam segmen Perluasan Global dan Perluasan Halal iaitu Pencepatan (Accelerate) atau Peningkatan (Scale-Up)

  • Program EIR bermula pada $500 bagi pakej Pencepatan dan $1,000 bagi pakej Peningkatan

DANA PENIAGA PINTAR (PPF)



  • Dana $300,000 bagi beri sokongan kepada perniagaan yang terjejas oleh Covid-19, sambil mengutama pertumbuhan perniagaan

  • Ahli DPPMS boleh guna dana untuk biaya yuran kursus yang disahkan Dewan

  • Syarikat boleh terima antara $300 dengan $2,500, bergantung kepada tempoh keanggotaan ahli




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >