Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPPMS tubuh sebuah lagi pejabat di Onan Road

Tumpu khidmat sokongan bagi perniagaan di Timur Singapura, khususnya daerah Geylang Serai
Aug 28, 2021 | 05:30 AM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah menubuhkan sebuah lagi pejabat di Onan Road yang diharap mendekatkannya lagi dengan perniagaan yang ingin disokong di sekitar Geyang Serai.



Terletak di 35 Onan Road, pejabat baru itu akan menjadi pangkalan operasi tambahan bagi DPPMS dan membolehkannya menawarkan sokongan bagi perniagaan di bahagian timur Singapura, khususnya di daerah Geylang Serai termasuk di Joo Chiat Road, Haig Road, Pasar Geylang Serai dan pusat beli-belah Tanjong Katong Complex.



Di lokasi barunya itu, DPPMS akan memperuntuk ruang khas untuk menjalankan kegiatan bagi anggota, termasuk sesi menjalin rangkaian, perbincangan dan bengkel pembangunan keupayaan.



Menerusi satu kenyataan semalam, DPPMS berkata mereka juga merancang menyediakan lebih banyak kemudahan untuk membolehkan ahli mereka mencari sekitaran yang sesuai untuk mengendalikan perniagaan di Geylang Serai.



Misalnya, sejak pejabat baru itu mula beroperasi pada 17 Julai, DPPMS telah memulakan satu inisiatif bernama "Drop by, Say Hi @SMCCI" pada setiap Selasa.



Ini disasarkan kepada ahli mereka dan bakal pemilik perniagaan, dan mempelawa mereka untuk singgah ke pejabat mereka mendapatkan maklumat daripada pegawai yang bertugas tentang pelbagai khidmat yang ditawarkan DPPMS dan cara memanfaatkan khidmat tersebut.



Presiden DPPMS, Encik Farid Khan, berkata DPPMS berkembang ke daerah Geylang Serai itu kerana mereka ingin berada lebih dekat dengan masyarakat perniagaan Melayu/Islam dan rakan kerja utama seperti Wisma Geylang Serai dan CDC South East, serta mendekati mereka dengan lebih baik.



"Kami yakin langkah ini akan menghasilkan lebih banyak peluang bagi DPPMS dan anggota kami, dengan kami mengalu-alukan peluang bekerjasama dengan lebih ramai pemilik perniagaan Melayu/Islam," ujarnya.



Sementara itu, DPPMS berkata ia akan akan meneruskan operasinya di pejabat pertama iaitu di 15 Jalan Pinang.



"Pemilik perniagaan boleh berkunjung ke mana-mana pejabat DPPMS untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan," kata DPPMS dalam kenyataannya itu.



Namun, khidmat Dokumentasi Perdagangan DPPMS hanya akan dijalankan di pejabat di 15 Jalan Pinang buat masa ini.




"Kami yakin langkah ini akan menghasilkan lebih banyak peluang bagi DPPMS dan anggota kami, dengan kami mengalu-alukan peluang bekerjasama dengan lebih ramai pemilik perniagaan Melayu/Islam."
- Presiden DPPMS, Encik Farid Khan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >