BENGKEL PENAMPILAN WANITA BERITA HARIAN
Dr Elly kongsi panduan tangani kesihatan wanita
Selain mengambil berat soal kesihatan, kaum wanita juga sering menitikberatkan penampilan diri apabila mereka sentiasa ingin kelihatan cantik dan menawan. Namun ada beberapa perkara yang mereka terlepas pandang. Ikuti beberapa panduan kesihatan dan penampilan yang dikongsi semasa Bengkel Penampilan Wanita pada Sabtu lalu. Laporan NURHUSNA HASSAN (nhassan@sph.com.sg)
May 12, 2016 | 05:30 AM
"KAUM wanita unik daripada segi kesihatan berbanding kaum lelaki," kata doktor keluarga dari Banyan Clinic, Dr Elly Sabrina Ismail.
Ini kerana wanita memiliki organ reproduktif dan mengalami proses melahirkan. Ia juga bermakna wanita lebih mengalami banyak masalah daripada kaum lelaki contohnya ketika mengandung dan sebahagian mereka mungkin menghidapi barah pangkal rahim.